Sabtu, 18 Disember 2010

Home » » keutamaan surah al buruuj

keutamaan surah al buruuj


surah al buruuj IALAH surah yang ke 85 didalam al quran,mengandungi 22 ayat,ia turunkan di mekah.al buruuj beerti tempat tempat peredaran bintang atau laluan planet planet diangkasa yang telah diatur oleh allah swt yang tiada taranya.
pada awal surah ini allah swt bersumpah dengan langit dan bintang bintang nya serta hari pembalasan yang dijanjikan bahawa orang orang kafir yang bertindak ganas mengali parit dan membakar orang orang yang beriman didalamnya,akan menerima pembalsan yang amat buruk dengan menjulang api neraka yang membakar dirinya.
adalah ditegaskan bahawa azab tuhan terhadap orang orang yang kufur ingkar amatlah berat.
diantara hadis rasulullah saw yang menerangkan fadhilat dan juga faedah bagi mengamalkan membaca surah al buruuj ini ialah hadis yang diceritakan oleh abu darda' yang bermaksud
pelajarilah surah al naba',pelajarilah surah al buruuj,ditegaskan tentang kebenaran al quran,sebenarnya apa yang engkau sampaikan wahai muhammad saw kepada mereka bukanlah syair atau sihir,bahkan ialah al quran yang tertinggi kemuliaannya lagi terpelihara dengan sebaik baiknya pada lauh mahfuz.
pelajarilah surah qaaf dan pelajarilah surah al taariq kerana jika kamu mengetahui fadhilat dan besar pahalanya membaca surah surah tersebut maka kamu akan berhenti dari tugas tugas kamu lalu mempelajari surah surah tersebut, dan juga mendekatkan diri kepada allah swt akan dengan membacanya,sesungguhnya allah swt akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dari dosa syirik.  

Related Posts by Categories



0 ulasan: