Sabtu, 18 Disember 2010

Home » » pesan nabi kepada yang hadir majlis kahwin

pesan nabi kepada yang hadir majlis kahwin

kita selalu pergi ke majlis majlis walimatul urus ataupun majlis perkahwinan...ada majlis perkahwinan para sahabat handai kita,ada majlis kahwin jiran jiran,kaum keluarga,dan pelbagai lagi.
biasanya,kita pergi majlis kahwin macam ini,jumpa tuan rumah,makan,dan kemudian beri sedikit buah tangan,sama ada cenderahati ataupun wang.
kita pernah melihat ada orang yang berdoa untuk majlis kahwin itu,biasanya lepas makan kita pulang,ketawa sikit sikit dengan tuan rumah,kemudian kita masuk kereta terus pulang.
sebenarnyakan,nabi saw ada mengajar kita bila kita menghadiri majlis kahwin,nabi saw menasihatkan kepada para tetamu undangan supaya mendoakan kedua dua pengantin tersebut.
kepada para tetamu undangan,wasiat baginda rasulullah saw dianjurkan supaya mendoakan kedua mempelai lelaki dan perempuan sebagaimana yang berlaku dalam sunnah nabi saw iaitu pada malam pesta perkahwinan dan seterusnya.
daLam soal ini ada hadis yang menganjurkan kita agar berbuat demikian,diriwayatkan oleh abi hurairah r.a,sesungguhnya nabi saw ketika menghadiri pernikahan seseorang itu,baginda selalu berdoa yang bermaksud :semoga allah memberkahimu,semoga allah melimpah berkah atas kamu dan semoga allah menghimpunkan kamu semua dengan kebajikan.
itulah doa nabi saw dan secara langsung mengajar kita supaya mendoakan mempelai,sebagaimana doa yang dibawa oleh rasulullah saw itu.orang orang pada zaman jahiliyyah dahulu biasa mendoakan orang yang bernikah dengan ucapan bir rafa wal banin,maksudnya semoga bahagia dan banyak anak.
islam lebih mengutamakan barakah daripada doa ala jahiliyyah itu.
kerana doa seperti itu mengandungi unsur diskriminatif terhadap anak anak perempaun dan menampakkan kebencian terhadap mereka dalam hati kaum lelaki.
bagi rasulullah saw selalu mendahului doanya dengan ucapan semoga allah memberkahi kamu maksudnya semoga allah melimpahkan berkah kepadamu dalam pernikahan ini.
selanjutnya baginda beranjak meningkat dengan mendoakan kedua mempelai lalu dilanjutkan dengan menggunakan kalimat 'ala yakni wabaraka 'alaika yang bermaksud semoga allah melimpahkan berkah keatas kamu.
sebab yang menjadi tujuan utama dari sebuah pernikahan ialah mendapat kan keturunan kerana itulah yang dicari lalu pergaulan yang baik,kerukunan dan keharmonisan.
tujuan utama pasangan suami isteri melakukan hubungan seksual ialah untuk mendapatkan keturunan.
itulah yang diajarkan oleh baginda rasulullah saw bila kita menghadiri majlis majlis pernikahan atau perkahwinan.
tetapi sekarang keadaannya bukanlah begitu jadinya,tradisi ataupun budaya perkahwinan dalam islam sudah banyak diubah ubah dan tidak lagi mengikut adat istihadat dan kehendak agama.
kadang kadang ada majlis kahwin cara orang putih,potong kek,potong itu dan ini.psang lilin dan kemudiannya gelapkan majlis nyanyi ikut kehendak orang orang barat kahwin..naudzubillah..
kadang kadang kita lihat ada orang muntah bila menghadiri majlis majlis kahwin orang islam macam majlis kahwin orang putih.
wallahu'alam.   

Related Posts by Categories



0 ulasan: