Setiap
kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi,
di situ biasanya ahli keluarga terdekat,rakan taulan dan jiran tetangga hadir untuk
menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.
Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu
mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi mereka ialah
adab menutup aurat dengan sempurna,dengan kesopanannya dan sebagainya.
Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik sekali dengan menutup
aurat mereka khususnya yang perempuan
Alangkah indahnya ya kalau majlis penyatuan 2 hatiini disertai oleh orang-orang
yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin
perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal
dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan oleh kadi.
Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.
Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah
sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya
hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.
Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah
muhrim kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang
bukan muhrim juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin,khususnya yang perempuan...eeee malu lah ..
Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi,
mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula? ..betul tak kata saya ?
Apakah ada beza amalan agama kamu ketika majlis nikah dan ketika
majlis persandingan? Apabila ada beza aurat kamu kepada yang bukan muhrim ketika
di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agama kamu ialah
Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?
Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang..sebelum ini,saya pernah terserempak dalam satu akad nikah yang dijalankan pada petang hari itu..bila sahaja azan berkumandang pada petang hari tu, langsung saja "blah" macam tu je ..eee macam ni agama kita diajar ? mana keislaman kita?
Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya
menutup aurat kepada orang yang bukan muhrim setiap masa dan tidak kira di
mana-mana.
Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga
pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam
dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz
nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan juga pahala isteri ditanggung suami kamu. Usahlah
menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.
Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan muhrim berkongsi melihat aurat isterimu.
0 ulasan:
Catat Ulasan