Jumaat, 31 Disember 2010

Home » » selamat tahun baru 2011 buat semua

selamat tahun baru 2011 buat semua

 
syukur alhamdulillah ..sempena dengan ketibaan tahun baru 2011 yang akan menyengah kita pada hari esok ini , maka marilah kita saling bermuhasabah kan diri diri kita ..dan seterusnya kita usahakan mencari jalan dalam memperbaiki untuk mempertingkatkan lagi kualiti diri kita dari masa ke semasa..dalam erti kata lain membina kan azam dan iktikad dengan semangat yang baru.

sudah menjadi satu tradisi dalam masyarakat kita , bila sahaja datangnya tahun baru lazimnya akan disambut dengan pelbagai macam aneka aktiviti aktiviti ...disajikan dengan pelbagai macam aneka hiburan dan juga pertunjukkan , yang bagi saya akan mengundang banyak perkara yang tidak bermoral akan berlaku.

saya ingin mengingatkan budaya yang seperti ini yang lazimnya dilakukan bila 
tibanya tahun baru bukanlah budaya agama kita , agama kita tidak pernah mengajar kita 
dengan melakukan pergaulan bebas diantara lelaki dan juga perempuan saling 
berhimpit himpit ditempat tempat tertentu mahupun juga tertutup ..
sebaliknya agama kita mengajarkan kepada kita agar mencari jalan untuk 
memantapkan lagi mutu keislaman kita kepada yang lebih sempurna.

sebagai mana firman allah didalam surah al haysr ayat 18



ertinya

(surah al haysr 18.)
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Maka sempena dengan kedatangan tahun baru 2011 ini, saya menyeru kepada abang abang,kakak kakak,adik adik,pakcik dan makcik ,maka  marilah kita sama-sama membinakan azam dan semangat yang baru  dengan memantapkan lagi mutu keislaman kita dengan mengamalkan dengan sepenuhnya, iaitu tidak kita tinggal kan kefardhuan ibadah sembahyang kita setiap hari, cinta kepada Rasul-Nya dengan mengikuti sunnah sunnahnya,dan kita hidupkan jati diri dengan saling pesan memesan diantara satu dengan yang lain dan tidak juga kita melakukan perbuatan perbuatan yang keji seperti rasuah, menganiayanya , memfitnah, memeras ugut, suka mengadu domba dan perbuatan-perbuatan keji yang lain. Dengan cara ini insya allah kita dapat menjadi masyarakat yang bermaruah,bukan sahaja untuk kebaikan didunia tetapi kebaikan akhirat yang abadi. 

Related Posts by Categories



0 ulasan: