orang yang beriman
yakni orang yang mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa apa yang dibawa oleh rasulullah saw adalah benar datangnya daripada allah swt.segala pengetahuan yang diperolehinya digunakan untuk menguatkan iman yang ada dalam kalbunya.orang lelaki yang beriman disebut mukmin sedang orang perempuan yang beriman disebut sebagai mukminah.
orang islam
yakni orang islam adalah orang yang tunduk dan patuh segala sesuatu yang dibawa oleh rasulullah saw.ia mengerjakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang oleh islam.orang lelaki islam disebut sebagai muslimin sedangkan orang perempuan islam disebut sebagai muslimah.antara iman dan islam tidak boleh dipisahkan kerana kedua duanya mempunyai hubungan yang sangat rapat.
orang kafir
yakni orang kafir iaitu orang yang mengengkari kebenaran agama islam,tidak mengetahui keesaan allah swt dan tidak mengetahui kerasulan nabi muhammad saw.orang kafir ini boleh memeluk islam jika ia yakin akan keesaan allah dan kebenaran nabi muhammad saw dengan dibuktikan dengan mengucapkan kalimah 2 kalimah syahadah.
orang murtad
orang murtad iaitu orang yang telah keluar daripada agama islam baik secara langsung ataupun tidak.
samaada ia menganut agama lain atau pun kembali kepada agama asalnya setelah ia memeluk agama islam.orang yang murtad ini segala amalan nya akan gugur dan akan dimasukkan kedalam api neraka oleh allah swt.
orang munafik
orang yang munafik iaitu yang menurut zahirnya beragama islam tetapi hatinya tidak beriman atau boleh juga dikatakan munafik iaitu orang yang berpura pura beragama islam tetapi hatinya tidak sama dengan apa yang diucapkannya.
orang syirik
orang syirik iaitu orang yang menyekutukan allah atau menganggap sesuatu itu sama dengan allah.mereka mempercayai selain daripada allah seperti menyembah berhala atau patung patung,pohon pohon besar,bahkan menyembah nenek moyang mereka,orang yang syirik ini disebut didalam al quran sebagai musyrik.
orang fasiq
yakni orang yang keluar daripada jalan kebenaran dan langsung tidak memperdulikan segala perintah perintah dan meninggalkan pula segala larangan larangan allah kepadanya.mereka menyelesaikan masalah bukan mengikut lunas lunas islam tetapi hanya mengikut hawa nafsu.
orang zalim
yakni orang yang berhati kejam.dalam hati mereka tidak memiliki rasa takut kepada allah dan mereka pula tidak beriman serta tergolong dalam kalangan orang kafir,allah swt sangat membenci terhadap orang orang zalim ini
antara sifat sifat jiwa orang yang sombong
- memandang rendah pada orang lain,terutama orang yang difikirkan kurang darinya
- menghina ,memalukan,menengking,marah,mengamuk,berang,memaki maki,mencerca,meninggikan suara,masam muka,dan membeliak kan matanya terhadap orang yang dipandang rendah tadi.
- pendapat orang walau benar sekalipun tidak akan diterima olehnya
- kalau didalam majlis,dia saja yang borong,orang lain jangan
- dia tidak suka menziarahi orang tetapi meminta orang menziarahi dia
- berjalannya dengan gaya angkuh dan bangga seperti yang diisyarat oleh al quran,bila tiba didepan orang,terus cekak pinggang dan pandangannya diseriuskan tanpa kasihan belas dan kasih sayang
- dia tidak duduk bersama dengan orang yang dipandang rendah
- dia mahu kemajuan dan kebenaran itu datang dari dia
- tiada tolak ansur,tiada timbang rasa,tiada kerjasama,tidak mahu bertolak ansur,tidak mahu pula bertolong bantu dan langsung tiada hormat menghormati
0 ulasan:
Catat Ulasan