ir a principal |
Ir a lateral
Home »
agama
»
- ibadat yang paling utama dari segi bacaan manakala sembahyang adalah sebesar ibadat dari segi gerak laku atau
perbuatan
- pahala membaca al quran,1 huruf sahaja 10 kebajikan dan menurut ibnu majah diganda sampai 400 kebajikan dan menurut ibnu a jauzi diganda 700 kali
- balasan 1 huruf yang dibaca ialah bersamaan dengan bidadari di syurga
- juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga
- pahala membaca 1 huruf dari al quran dalam sembahyangnya bersamaan 100 kebajikan,berwuduk 50 kebajikan tanpa wuduk bersamaan 10 kebajikan
- pembaca al quran adalah hartawan dan pahala membacanya tidak akan putus menurut ibnu abbas
- untuk selamat dari api neraka
- mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para malaikat
- dihari kiamat dan dialam kubur,al quran akan menjadi pembela
- pembaca akan memperolehi keamanan
- membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat
- pembaca dimasukkan kedalam golongan siddiqin syuhada'dan solihin
- membaca al quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka
- pembaca akan dapat kemuliaan di syurga
- mendapat cahaya dibumi dan menjadi sebutan oleh malaikat dilangit
- jika dibaca dirumah,akan memberi cahaya kepada rumahnya
- membaca secara bergilir gilir atau bertadarus mendapat ketenangan,rahmat dan dikelilingi oleh malaikat
- pembaca yang mahir dan baik diutamakan jadi imam sembahyang
- seutama utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar al quran
- mempelajari satu ayat al quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 rakaat
- mempelajari dan membacanya mendapat keberkatan dan keharmonian hidup
- mendapat perlindungan dipadang masyhar
- pembaca akan dilindungi oleh syaitan
mudah mudahan kita tergolong dalam kalangan orang orang yang berminat membaca al quran,memelihara al quran dan terpelihara oleh al quran,mendirikan hukum hukum al quran dan berdiri dengan kebenaran al quran itu sendiri.
sabda nabi saw yang bermaksud
sabda nya lagi yang bermaksud
berfirman allah taala "siapa yang sibuk berzikir kepadaku dan membaca kitabku,sehingga tidak sempat memohon kepadaku,nescaya akan kuberikannya pemberian yang utama yang belum pernah kuberikan kepada orang orang yang memohon,keutamaan bicara allah taala keatas semua bicara yang lain,sama seperti keutamaan allah taala keatas makhluknya
saiyidina ali bin abi thalib pernah berkata siapa yang membaca al quran sedang dia berdiri didalam sembahyangnya maka baginya atas setiap huruf 100 kebajikan.siapa yang membaca nya sedang ia duduk didalam sembahyangnya maka baginya atas setiap huruf 50 kebajikan,siapa yang membaca nya sedang ia diluar sembahyang dalam keadaan bersuci,maka baginya atas setiap huruf 10 kebajikan.
sesungguhnya allah telah menurunkan sebaik baik perkataan iaitu kitabullah al quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain tentang benarnya dan indahnya,yang berulang ulang keterangannya dengan berbagai cara,yang oleh kerana mendengarnya atau membacanya kulit badan orang orang yang takut kepada tuhan mereka menjadi seram kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat allah.kitab al quran itulah pertunjuk hidayah allah,allah memberi hidayah pertunjuk dengan al quran itu kepada sesiapa yang dikehendakinya dan ingatlah sesiapa yang disesatkan oleh allah disebabkan pilihannya yang salah maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberikan hidayah pertunjuk kepadanya (surah az zumar ayat 23)
membesarkan allah seta khusyuk ketika membaca al quran itu adalah dari sifat sifat para mu'minin yang sebenarnya manakala sifat lalai dan keras hati,sentiasa lupa dan kurangnya memerhatikan ketika membaca al quran,terkeliru,imannya lemah,keyakinannya hampir tidak ada,sedang hatinya kosong dari hakikat mengenal allah dan mengenal kalamullah al quran.mudah mudahan allah memelihara kita semua dari kelakuan tersebut.
diantara adab adab yang terpenting ialah ketika membaca al quran harus kita merenungi apa yang dibacanya,memahami maksudnya dengan penuh kesedaran dan tidak lalai.
itulah kitab yang kami turunkan kepadamu dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan keterangan keterangan nya dan supaya orang orang yang mengerti dapat memikirkan (surah shad ayat 29)
setelah diterangkan sedimikian,maka adakah mereka tidak berusaha memahami serta memikirkan al quran ?atau telah ada diatas hati mereka kunci penutup yang menghalangya daripada menerima ajaran al quran ?(surah muhammad ayat 24)
berkata ali bin abi thalib yang bermaksud tidak ada gunanya membaca tanpa memperhatikan maknanya
bila difikirkan semula memang ada benarnya apa yang dikatakan oleh ali bin abi thalib itu kerana al quran itu diturunkan kepada manusia untuk diperhatikan maksudnya,dan hanya dengan memperhatikan nya sajalah,baru dapat difahami dan ditangkap tujuannya dan dapat sampai kepada pengetahuan yang terkandung didalam setiap ayat supaya mudah diamalkan pula kelak.inilah tujuan utama al quran diturunkan dan perutusan nabi muhammad saw kepada manusia.
lantaran itu maka hendaklah kita berhati hati dalam merenungi dan memahami makna makna ayat suci al quran ketika kita membacanya,sedikit yang kita baca dengan merenungi dan memahami maksud maksud nya adalah lebih baik dari membaca banyak tanpa merenungi dan memahaminya.
ulama para salaf pernah berkata jika aku membaca idza zulzilat dan al qari'ah dengan merenungi dan memahami maknanya adalah lebih disukai daripada membaca semua al quran tanpa memahami apa apa pun.
sekarang,fahamlah kita bahawa dengan merenungi dan memahami makna makna al quran itulah menjadi maksud utama dari membaca al quran,itulah yang patut dituju dan dikira ketika membaca al quran al karim
dan ingatkanlah hari kebangkitan ketika kami bangkitkan dalam kalangan tiap tiap umat,seorang saksi terhadap mereka,dari golongan mereka sendiri dan kami datangkan mu wahai muhammad untuk menjadi saksi terhadap umat umatmu dan kami turunkan kepadamu al quran untuk menjelaskan tiap tiap sesuatu dan menjadi hidayah pertunjuk serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan bagi mereka yang setia (surah an nahl ayat 89)
didalam sebuah hadis tertera bahawasanya bagi setiap ayat al quran itu ada maknanya yang lahir dan maknanya yang batin,ada yang terbatas dan ada yang luas.maha suci dia dari apa yang mereka persekutukan dengannya.
untuk memudahkan meneliti dan memahami makna dan maksud al quran,cubakan diri kita membaca al quran dengan tartil mengikut hukum tajwidnya iaitu memperelokkan bacaannya,tidak terlalu gopoh ketika membaca dan tidak terlalu cepat dan terburu buru sehingga kurang jelas dan tidak teratur.tergopoh gapah dan terburu buru didalam membaca al quran itu adalah dilarang sekali dalam agama islam yakni terlampau cepat membaca dan tidak memperhatikan tartil sehingga tidak jelas dan kurang terang didengar oleh orang lain.
ini sesuai sebagaimana firmannya didalam surah al muzammil ayat 4 yang berbunyi
atau lebihkan sedikit daripadanya dan perelokkanlah bacaan al quran dengan seelok eloknya (al muzzammil ayat 4)
maka sayugialah hendaklah bagi pembaca al quran untuk bangun malam,seraya membaca dalam sembahyangnya ditengah tengah malam beberapa ayat yang termampu dari al quran,sebagaimana firmannya didalam surah al muzzammil ayat 20 yang berbunyi
sesungguhnya tuhanmu mengetahui bahawa engkau bangun sembahyang tahajjud selama kurang dari 2/3 malam dan selama 1/2 nya dan selama 1/3 nya dan demikian juga dilakukan oleh segolongan dari orang orang bersamamu padahal allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang,ia mengetahui bahwa kamu tidak sekali kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu lalu ia menarik balik perintah nya yang terdahulu dengan memberikan kemudahan kepadamu,oleh itu bacakanlah mana mana yang mudah kamu dapat membacanya dari al quran dalam sembahyang,ia juga mengetahui bahawa akan ada diantara kamu orang orang yang sakit dan yang lainnya orang orang yang bermusafir dimuka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia allah,dan yang lainnya lagi orang orang yang berjuang pada jalan allah maka bacalah mana mana yang sudah kamu dapat membacanya dari al quran dan dirikanlah sembahyang,serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada allah sebagai pinjaman yang baik dan ikhlas dan ingatlah apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu,tentulah kamu akan mendapat balasan nya pada sisi allah,sebagai balasan yang sebaik baik nya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada allah,sesungguhnya allah maha pengampun lagi maha mengasihani (surah al muzammil ayat 4)
rasulullah saw pernah bersabda
nabi saw pernah juga bersabda yang bermaksud
gunakanlah 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara iaitu gunakan zaman mudamu sebelum zaman tuamu,dan masa sihatmu sebelum masa sakitmu dan masa kayamu sebelum miskinmu dan masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan hidupmu sebelum matimu
akhirnya marilah kita bersama sama berdoa bagi setiap kali selesai membaca al quran dengan doa ini
ya allah ya tuhanku !! terangilah hatiku dengan membaca al quran dan elokkanlah kelakuanku dengan kelebihan al quran dan perbaikilah segala perbuatanku dengan mengingatkan al quran dan putihkanlah wajahku dengan keberkatan al quran dan sihatkanlah badanku dengan kemuliaan al quran dan selamatkanlah diriku dari api neraka dengan rahsia al quran dan masukkkanlah kami kedalam syurga dengan syafaat al quran dan berikanlah aku pertunjuk dengan hidayah al quran dan kurniakanlah aku taufik kejalan yang engkau suka dan redha dengan berkat orang yang yang diturunkan kepadanya al quran,selawat dan salam keatas junjungan nabi muhammad saw orang yang membawa al quran dan juga keatas keluarganya dan sahabatnya yang sentiasa membaca al quran.aaamin.
sabda rasulullah saw yang bermaksud
tidak berganjak kedua telapak kaki manusia dihari kiamat nanti sehingga ia diminta bertanggungjawab diatas 4 perkara iaitu
- umurnya bagaimana ia menghabiskannya
- anggota badan,bagaimana cara ia menggunakannya
- ilmu,adakah ia mengamalkan dan dengan tujuan apa
- harta,dari mana ia mendapatinya serta bagaimana ia membelanjakannya
Related Posts by Categories
0 ulasan:
Catat Ulasan