Maka Kami perkenankan doa
permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami
kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai
satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang
taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
. (al anbiyaa 84)
Maka Kami kabulkan permohonan
doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan
sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang
beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
. (al anbiyaa 88)
Maka Kami perkenankan doanya,
dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan
keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami
limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana)
sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan,
dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut;
dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
. (al anbiyaa 90)
Dan janganlah kamu berbuat
kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan
padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau
tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya
makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang
memperbaiki amalannya.
. (al a'raf 56)
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh
berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan
muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali
mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama
kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan
kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
(al a'raf 29)
Berdoalah kepada Tuhan kamu
dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
(al a'raf 55)
Dan apabila hamba-hambaKu
bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):
sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu),
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta
betul.
(al baqarah 186)
(al baqarah 201). Dan di antara mereka pula ada
yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab
neraka".
(thoha 37)."Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.
(thoha 36.) Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!
(shaad 43). Dan Kami kurniakan (lagi)
kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu
rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang
berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa
malang).
(shaad 36.) Maka (Kami kabulkan
permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup
perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK
ditujunya;
(maryam 7). (Nabi Zakaria diseru setelah
dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar
yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama
Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang
senama dengannya".
(ghaffir 60.) Dan Tuhan kamu berfirman:
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan
berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(faathir 10.) Sesiapa yang mahukan kemuliaan
(maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah
Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah
naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid,
untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula
di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan
kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan
kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa
yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak
binasa.
(at taubah 103). Ambilah (sebahagian) dari
harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu
menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
(Asy Syu'araa' 170.) Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
(Asy Syu'araa' 119). Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).
(Ash Shaaffaat 101.) Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).(an naml 62)
(ali imran 39.) Lalu ia diseru oleh malaikat
sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah
memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak
lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan
akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan
menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".
(ali imran 38). Ketika itu Nabi Zakaria berdoa
kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari
sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa permohonan".
( al qashash 21). Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut
menunggu-nunggu dengan khawatir, dia berdoa: "Ya
Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu."
(al qashash 16). Ia merayu (dengan sesalnya):
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu
ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala
menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al mukminun 41). Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). Maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan