Sabtu, 19 Mac 2011

Home » » berakhlak dalam beramal

berakhlak dalam beramal


sayyidah aisyah bte abu bakar as sidiq radiallahu anha sangat mencontohi baginda rasulullah saw dalam sudut bersedekah.pernah pada suatu ketika beliau menyapu wangi wangian pada wang dirham yang hendak disedekah kan kepada fakir miskin ketika itu.
suatu hari beliau ditanya oleh seseorang wahai ibu yang baik,kenapa kamu meletakkan wangi wangian pada wang dirham sedekah yang kamu beri ini?jawab aisyah kerana aku terlebih dahulu akan meletakkan nya kepada allah sebelum ia nya sampai kepada fakir miskin
apabila sedekah itu telah sampai ke tangan penerima sedekah,mereka pun mendoakan kebaikan untuk sayidah aisyah r.a  ,apabila mendengar doa mereka,aisyah pun lalu terus mendoakan buat mereka semula.ketika ditanya mengapa sayidah aisyah berbuat demikian,maka dijawablah olehnya bahawa supaya sedekah itu tinggal sebagaimana ia bermula
begitulah sikapnya yang sangat halus ketika beramal,dia tidak mahu dengan puji pujian tersebut akan mencacatkan keikhlasan hatinya dalam beramal kerana tuhannya.


firman allah yang bermaksud 
katakanlah kepada hamba hambaku,hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian rezeki yang kami telah berikan kepadanya,samaada dengan menyembunyikan pemberiannya itu ataupun secara terbuka,sebelum datangnya hari yang tidak ada jual atau beli padanya,dan tidak ada sahabat yang dapat memberi pertolongan.

Related Posts by Categories



0 ulasan: