Sabtu, 19 Mac 2011

Home » » padah tersilap pimpin buruklah padahnya

padah tersilap pimpin buruklah padahnya

dari abu dzar r.a,beliau berkata,saya bertanya "wahai rasulullah mengapa tidak menunjuk iaitu mengangkat dan memilih saya ini sebagai pemimpin ? maka jawab rasulullah "wahai abu dzar,kamu seorang yang lemah,padahal jawatan/peranan/lantikan sebagai ketua atau pemimpin itu sesungguhnya adalah amanah yang akan dipertanggunggjawabkan dan amanah itu pada hari kiamat nanti hanya akan mengundang penyesalan dan kehinaan kepadamu.kecuali orang yang menunaikan hak hak kewajipannya serta menyempurnakan tangungjawabnya sebagai pemimpin (riwayat muslim)

pengajaran hadis ini dapat kita simpulkan
  • peringatan dan pesanan  penting dari rasulullah saw berkenaan cabaran dan tuntutan didalam sebuah institusi dan urusan kepimpinan
  • menurut islam,pemimpin adalah orang yang bertangungjawab pada dunia dan juga hari akhirat nanti terhadap kepimpinannya dan orang yang berada dibawah kepimpinannya,contohnya,seorang raja,menteri,ulama,wakil rakyat,ketua jabatan,penulis blog atau lain lain penulis,penyanyi,pelakon,ketua kampong,guru,abang dengan adik adiknya,suami pada isterinya dan ibubapa dengan anak anaknya.
  • menjadi pemimpin itu adalah merupakan satu tanggungjawab yang amat berat sekali kerana ianya akan ditanya oleh allah pada hari akhirat.
  • orang yang dilantik menjadi pemimpin hendaklah sering bermuhasabah dirinya serta menjalankan amanah untuk memimpin dengan penuh rasa tanggungjawab
  • seorang yang tahu dirinya lemah atau tidak memiliki sifat dari ciri ciri seorang pemimpin yang sejati,tidak mampu untuk memimpin diri dan keluarga atau negara,adalah sewajarnya takut kepada allah serta pembalasan diakhirat nanti untuk meminta menjadi peminpin diperingkat yang lebih tinggi.
  • bagi yang tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin atau seorang yang sememangnya tidak layak menjadi pemimpin namun digagahinya juga untuk menjadi pemimpin,dalam hal ini nabi saw pernah mengingatkan bahawa kesudahan mereka adalah penyesalan dan kehinaan dihari kiamat nanti.sungguh hal ini amat menyusah dan membebankan dirinya dihadapan pengadilan allah rabbul jalil 
  • hari akhirat adalah hari dimana semua perkara akan diadili dengan penuh adil dan saksama 
  • penyesalan diakhirat lebih dahsyat berbanding penyesalan diatas dunia. 
  • penyesalan diakhirat dalam urusan kepimpinannya adalah berkali kali lipat ganda lebih berat dari penyesalan didalam perkara perkara yang lain.tersilap pimpin buruklah padahnya diakhirat nanti.
  • bagi para pemimpin yang baik,yang soleh dan solehah dan bertakwa,yang memelihara dan menjaga amanah kewajipan dan larangan larangan allah dengan sebaik baiknya,bagi mereka anugerah allah sangatlah hebat.semoga allah merahmati dan terus memberkati para para pemimpin yang adil lagi bertakwa.        

Related Posts by Categories



0 ulasan: