tambahkanlah ilmu ku
(surah thoha ayat 114)
keterangan ayat
menurut al-tibi ,ayat ini mempunyai kaitan dengan ayat yang sebelumnya.sesungguhnya allah menunjukkan kekuasaannya yang menimbulkan rasa kagum kepada sesiapa yang memahami ayat ayat allah.disebabkan perkara itu maka agungkanlah allah dan bersungguh sungguh untuk menghafaz ayat ayatnya tetapi jangan tergopoh gapah.
nabi muhammad saw pada peringkat awal diturunkannya wahyu sentiasa mengikut jibrail alahis salam membaca al quran sebelum jibrail berhenti.perkara ini dilakukan oleh nabi saw kerana takut jibril pergi sebelum baginda dapat mengikut kesemuanya.
allah menurunkan ayat ke 114 dalam surah thoha ini untuk menegur kesilapan nabi saw itu kerana ia mungkin menyebabkan nabi tidak dapat mengikuti apa yang akan dibacakan seterusnya.
kemudian allah mengajarkan nabi muhammad saw agar berdoa meminta kepada allah agar menyemarakkan dan menambahkan ilmu baginda (tafsir ruhil ma'ani,ayat 114 surah thoha)
0 ulasan:
Catat Ulasan