kes penderaan terhadap kanak kanak,wanita dan pembantu rumah,sejak diakhir akhir ini kian menjadi jadi.
statistiknya makin terus meningkat dari masa ke semasa.
kemanalah hilangnya nilai kasih sayang dan keperihatinan sesama kita sehinggakan kejadian yang berlaku didepan mata hanya dipandang remeh dari orang disekiling kita.alasan alasan yang selalu kita dengar ialah "kami tak mahu ambil tepi kain orang"...jadi persoalannya,adakah pemikiran sebegitu adalah betul ? mungkin ya kerana ia tidak berlaku pada anda,tetapi bagaimana pula jika penderaan atau pembunuhan atau perkosaan itu berlaku kepada diri kita atau keluarga kita yang amat kita sayangi ? apa pandangan korang ? adakah anda juga akan bersikap tidak mahu ambil tepi kain juga?
menyedari kelemahan dalam masyarakat kita pada hari ini,pihak pihak berkuasa berwajib telah mengambil positif dengan melancarkan talian nur.talian nur ini bertindak sebagai pusat panggilan yang menerima segala macam pertanyaan mengenai perkara ini,aduan dan juga bantuan melalui telefon dari pada orang ramai.
ia telah ditubuhkan pada 5 disember tahun 2007. selepas hampir 4 tahun ia ditubuhkan,masyarakat masyarakat kita sudah mula peka dengan apa yang berlaku di persekitaran mereka setelah kempen berkenaan talian nur tadi diperbesar besarkan disetiap negeri.
statistik terbaru yang diperoleh menunjukkan talian nur telah menerima beribu ribu panggilan berkaitan bantuan,aduan dan juga pertanyaan dari pada orang ramai.
selain kezaliman yang sering berlaku kepada kanak kanak,dan bayi serta wanita,pembantu rumah warga asing juga tidak terkecuali.kesemuanya ini sebagai memperjuangkan keadilan berlandaskan kasih sayang.keperihatinan pihak berkuasa turut melindungi pembantu rumah warga asing yang didera.oleh itu,talian nur diperluas untuk menerima pelbagai aduan berkenaan dengan kes kes penderaan terhadap pembantu rumah warganegara asing bermula pada pertengahan bulan 12 tahun yang lepas.segala aduan ini akan terus disalurkan kepada polis dan jabatan kerja.
sebagai masyarakat adalah seharusnya kita perihatin dengan persekitaran disekiling kita.lebih lebih lagi yang melibatkan kanak kanak.mereka mereka ini terlalu kecil dan langsung tidak tahu apa apa dan tidak berdaya pula untuk melindungi diri mereka sendiri.adalah tidak wajar sama sekali dijadikan sebagai mangsa untuk melepaskan geram,dendam,benci dan merogolnya sesuka hati.jadi,saranan saya jika anda melihat perkara ini berlaku,maka bersegeralah menghubungi talian nur di talian 15999 untuk membuat aduan kes kes penderaan atau sebagai nya atas kanak kanak
sejak diakhir akhir begitu hangat diperkatakan mengenai penderaan atas kanak kanak,ia merangkumi aspek aspek fizikal dan rogol terus menjadi jadi.walaubagaimana pun masyarakat pada hari ini sudah mula sedar dan peka mengenai tanggungjawab mereka untuk melaporkan kes kes sedemikian kepada pihak pihak tertentu yang berwajib.namun tidak dinafikan masih banyak juga kes kes yang belum dilaporkan kerana disebabkan pelbagai macam faktor.
0 ulasan:
Catat Ulasan