Khamis, 17 Mac 2011

Home » » komunikasi lelaki dan wanita perlu beretika

komunikasi lelaki dan wanita perlu beretika

dalam dunia pekerjaan sekarang ini tiada sebarang profesion pun yang tidak memerlukan pergaulan lelaki dan perempuan.kerjaya apa sekalipun sekiranya dilakukan dengan sikap beretika,berhemah dan juga berakhlak,perbezaan jantina tidak akan menjadi halangan dalam berkomunikasi secara telus dan mesra.
adatlah dalam dunia kerjaya bahawa kita semua hidup didalam kelompok sosial,kita saling perlu berinteraksi untuk kebaikan bersama dalam melaksanakan sesuatu tugasan bersama.
secara hakikatnya komunikasi sosial mengisyaratkan bahawa komunikasi dilakukan untuk tuntutan hidup supaya kita terhibur,selesa dan tenteram dengan diri kita sendiri dan juga orang lain.baik lelaki atau perempuan,seseorang itu berkomunikasi untuk menunjukkan keberadaannya.
dalam komunikasi juga,ia menyimpan tujuan yang umum untuk memberikan informasi contohnya,atau mengajar,mendorong,mengubah sikap dan keyakinan serta mengubah perilaku atau mengerakkan tindakan , disamping itu juga untuk tujuan berhibur.jadi bila diringkaskan kesemuanya,ini bermakna tujuan tersebut berfungsi memberitahu atau menerangkan,jadi bermakna yang berbual itu inginkan sipendengar mempercayai bahawa fakta yang disampaikan adalah tepat dan layak untuk diketahui tanpa mengira jantina,lelaki dan perempuan yang berkomunikasi dengannya.
dalam urusan pekerjaan,komunikasi secara direct yang membabitkan secara menatap muka yang memungkinkan orang yang mendengar dapat menangkap reaksi si pembual dengan secara langsung.
adalah lumrah jika komunikasi dan pergaulan dalam sesuatu pekerjaan itu berlaku dalam bentuk kelompok iaitu yang membabitkan sekumpulan orang yang mempunyai tujuan yang sama dalam berinteraksi diantara satu dengan yang lain untuk mencapai tujuan yang sama.

pun begitu ,dalam apa jua bentuk pergaulan dan komunikasi yang perlu dilalui tanpa mengira jantina,lelaki dan perempuan perlulah meletak garis garis panduan atau garis batasan agar kemesraan yang dijalinkan semasa komunikasi dan pergaulan ini agar tidak melampaui batasan dan etika pekerjaan serta tidak mempunyai niat lain.begitu juga dalam beberapa profesion dan urusan harian lain yang diharuskan kerana sesuatu keprluan seperti jual beli contohnya,atau melayani tetamu dan rakan serta tuntutan profesion seperti perhubungan awam,kejururawatan dan kedoktoran dan pelbagai lagi bentuk bentuk pekerjaan yang membabitkan pergaulan dan komunikasi lelaki dan wanita tadi.
dalam sejarah tamadun islam seperti juga lain lain peradaban manusia,kerjaya sebagai jururawat sememangnya memberi sumbangan dan tenaga yang cukup besar,apabila berlaku nya sebuah peperangan.pastinyalah kerjaya mereka menuntut agar mereka menyentuh untuk mengesan dan merawat kecederaan.
jadi dalam situasi ini bukan sahaja bersentuhan kulit mesti dilakukan malahan mereka perlu memegang anggota badan yang terlibat seperti membersih luka luka,meletak ubat,membalut dan sebagainya.maknanya dalam keadaan tertentu,pergaulan lelaki dan wanita bukan sahaja perlu,malah menjadi satu kemestian kerana ia adalah untuk manfaat dan dalam keadaan tertentu untuk mnyelamatkan nyawa seseorang.
perlu kita ingat mereka mereka yang menceburi sesuatu pekerjaan harus jelas niat yang ingin dicapai.yang penting ia tidak menyimpan niat lain seperti untuk mengeksplotasi atau mengambil peluang atas orang lain demi kepentingan diri .ia haruslah untuk kebaikan semua yang terlibat dengan adil dan saksama.
        berpeluk dan bercium dan berlaga pipi atau budaya ayat spontan ciuman  "muaaah" seperti yang berlaku sekarang adalah perbuatan meniru atau teriku ikut pergaulan cara orang barat.sering kita lihat terutamanya dalam bidang hiburan dan sebagainya sekadar contoh,dilihat seolah olah budaya ini menjadi kebiasaan dikalangan mereka.pernah seorang sahabat menanyakan apakah perlu budaya ini yang juga membabitkan jarak tubuh yang rapat berlaku diantara jantina yang berbeza.jadi jawapan nya sudah tentulah tidak perlu.kalau berpeluk dikalangan lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan dan berlaga pipi sesama sendiri,tiada lah sebarang isu yang perlu dibangkitkan.tetapi kalau berpeluk atau berlaga pipi antara lelaki dan perempuan,ia menimbulkan soal etika dan budaya yang agak janggal dikalangan masyarakat timur seperti kita,lebih lebih lagi dalam masyarakat melayu islam.
     dalam soal bersalam pula,psikologi manusia sewajarnya tidak harus diganggu,jika mana mana pihak menolak salaman.jika kita menolak atas dasar agama ,ia boleh dilakukan dengan cara yang baik tanpa meyakiti hati kawan yang mungkin belum memahaminya.ia hendaklah dilakukan dengan memberi isyarat tertentu dan disusuli dengan sedikit penerangan yang memadai .sekiranya kita berada dalam majlis tertentu,pihak yang menolak untuk berjabat salam antara lelaki dan perempuan boleh mengangkat tangan tanda maaf dikuti dengan senyuman.tangan kita juga boleh diletakkan didada dengan membongkok kan badan sedikit.pihak yang menerima isyarat ini pastinya faham dengan mesej yang cuba disampaikan.

Related Posts by Categories



0 ulasan: