Khamis, 17 Mac 2011

Home » » ya allah dengarlah rintihan rintihan doa kami

ya allah dengarlah rintihan rintihan doa kami

ya allah ..tuhan yang punyai segala galanya
dengarlah rintihan hati kami yang penuh keluh kesah
berikanlah keampunan kepada kami
yang tidak pernah lepas daripada melakukan
kejahatan,kesilapan dan dosa 
terimalah taubat kami ya allah..teguhkanlah iman kami
dan jadikanlah kami orang orang yang sentiasa bersyukur
dan bertaubat kepada mu
ya allah
jadikanlah disetiap penyesalan kami penawar
dan
penguat kepada iman dan jiwa kami 
agar selalu tabah dan sabar
ya rahman ..berikanlah kami iman yang teguh
kesihatan yang baik,rezeki dan kekayaan yang melimpah 
ilmu yang berguna serta kejayaan dan kemenangan 
ya allah hanya kepadamu tempat kami bergantung harap
kepadamu dan mengadu
janganlah ya allah engkau membiarkan kami sendirian 
dalam mengatur kehidupan kami
ya rahman,ya wadud ya qahar 
bimbinglah kami serta lindungilah kami agar kami bakal 
menjadi penghuni ahli ahli syurgamu
dengan penamat hidup yang terbaik 
dan jadikanlah kehidupan kami didunia ini dalam kehormatan
amin ya allah ..amin ya rabbal alamin. 

Related Posts by Categories



0 ulasan: