Rabu, 16 Mac 2011

Home » » memantapkan kesihatan kita

memantapkan kesihatan kita

sepertimana dalam artikel artikel saya sebelum ini dalam untuk memastikan tahap kesihatan dan kesihatan mental agar sentiasa terjamin seiring dengan kesibukan tugas ketika di tempat kerja , saya amat menyarankan cubalah ambil dari ubat ubatan dari vitamin c dan vitamin b complex, calcium,magnesium dan zink sebagai rutin setiap hari.
kadangkala kesibukan tugas ditempat kerja , ditambahi lagi dengan kerja kerja rumah yang tidak habis habis atau sebagainya membuatkan ramai orang memandang ringan pada soal pemakanan ubat ubatan seperti ini.jadi penyelesaian terbaik bagi saranan saya dalam untuk mengimbangi kekurangan tersebut adalah dengan mengambil makanan suplemen.makanan suplemen yang mengandungi vitamin c,multivitamin dan sebagainya dikatakan mampu dalam menampungi kekurangan tersebut,namun janganlah mengambilnya hanya kerana terikut ikut dengan gaya hidup orang lain.
begitu juga dalam mendapatkan jatidiri hidup yang berkualiti , cuba kita aktifkan dengan rajin membuat senaman seperti berjogging disetiap petang atau seminggu sekali,berkayuh basikal dan sebagainya.terdapat banyak bukti yang menunjukkan rutin senaman yang dijalankan mampu mengoptimumkan tahap kesihatan kita dengan lebih baik dan ada juga fakta yang mengatakan senaman regangan dan senaman aerobik mampu memperbaiki tidur yang terganggu.walaupun begitu,anda tidak disarankan melakukan aktiviti senaman sebelum tidur.
begitu juga dengan minum yang setiap hari kita amalkan dalam menghilang kan dahaga,minum juga punya waktu waktu yang tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan kita.dalam untuk mendapatkan kebaikan penuh daripada minuman,maka pastikan anda minum diwaktu waktu berikut :
waktu pagi selepas bangun dari tidur - mengikut fakta yang saya baca melalui sebuah buku kesihatan,ada menyatakan bahawa setiap orang akan kehilangan cairan didalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur.kehilangan air didalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas.oleh itu,minumlah sekurang kurangnya air suam(air putih) yang dimasak diwaktu pagi,betul betul selepas kita bangun dari tidur,tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu .
30 minit sebelum waktu malam - jika kita sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan,ia adalah waktu terbaik untuk kita minum air.seperti yang sering disarankan bahawa air suam(air putih) yang telah dimasak adalah baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu kita mengurangkan rasa lapar.
sepanjang hari - satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari.menurut sebuah kajian di jerman,dengan minum 1.5 liter air sejuk (air suam) atau air putih iaitu sekurang kurangnya 240 ml air setiap kali diminum boleh membantu kita membakar kalori berlebihan didalam badan .pakar pakar kesihatan ada juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme didalam badan. 

Related Posts by Categories



0 ulasan: