Khamis, 5 Mei 2011

Home » » kebenaran al quran mengenai keruntuhan WTC

kebenaran al quran mengenai keruntuhan WTC

saya agak tertarik mengenai fakta seorang ulama mesir dr zaghlul najjar berkaitan tragedi yang menimpa bangunan WTC new york pada 11 september 2001 ..beliau bijak dibidang sains,pernah mengajar diamerika dan kini khabarnya bertugas di saudi arabia.ramai saintis saintis barat yang telah memeluk islam hasil dakwah beliau yang mengabungkan fakta sains yang bertepatan dengan al quran.kajian kajian beliau seiring dengan syeikh abdul majid zamdani di yaman.

penemuan beliau berkaitan 11 september di WTC new york menjelaskan bahawa didalam al quran terdapat ayat yang seolah olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini sedangkan al quran telah diturunkan sejak lebih 1400 tahun dahulu.
fakta yang terdapat didalam al quran,menjelaskan ketika allah menempelak golongan yang membina masjid dhirar,beberapa ayat telah diturunkan,antaranya ialah ayat yang menceritakan bahawa musuh musuh islam sentiasa membina bangunan bangunan yang tinggi dan bangunan bangunan itu akhirnya menjadi punca kegelisahan mereka sendiri sehingga digambarkan bahawa hati mereka seolah olah dikerat kerat dan dipotong potong.

ayat berkenaan ialah ayat 110 dalam surat at taubah,jika difikirkan secara lebih mendalam ayat 110 dalam surat at taubah ini seakan akan hampir sama dalam satu peristiwa 11 september 2001 di new york mengenai tarikh tarikh nya..
(Keruntuhan bangunan) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(surah at taubah ayat 110)

  • ayat yang ke 11o dalam surah at taubah begitu sama dengan ketinggian bangunan WTC 110 tingkat
  • surah at taubah dalam juzuk yang ke 11 begitu sama dengan tarikh tragedi WTC pada haribulan 11
  • surah at taubah dalam surah ke 9 begitu bertepatan mengenai tarikh kejadian yang berlaku dalam bulan 9
  • dan manakala tarikh kejadian WTC pada tahun 2001 begitu bertepatan dalam halaman surah at taubah yang ke2001 muka surat didalam ql quran.

bagi pendapat saya,perbandingan mengenai bangunan WTC ini dengan surah at taubah ini begitu tepat.tetapi sejauh manakah maksud allah didalam ayat ini bertepatan dengan kejadian diamerika itu tidaklah diketahui.cuma oleh kerana ada persamaan fakta dan persamaan makna ayat,maka kita  boleh mengambil ikhtibar kerana kaedah ilmu tafsir ada menyebut

pengajaran daripada sesuatu ayat itu diambil daripada maknanya yang umum dan bukan daripada sebab turun ayat yang khusus   

Related Posts by Categories



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

Hati-hati dalam mempercayai kerana lihat ayat sebelumnya, iaitu surah at-taubah ayat 109, yakni ayat ini menceritakan perihal masjid, jadi sambungan ayat ini pada ayat-110 juga keruntuhan yang dimaksudkan itu ialah keruntuhan masjid bukan bangunan sepertimana dalam penafsiran ayat ini, percayalah kaum barat juga mengkaji al-Quran dan mereka ingin mengaitkan keganasan itu dengan orang Islam, kecuali bencana alam seperti tsunami atau tanah runtuh memang telah tersurat, tapi jika melibatkan rencana manusia ini perlu hati-hati dibimbangi mereka cuba menuduh orang Islam yang melakukan sedangkan perancangan mereka telah buat dengan teliti dengan mengkaji ayat al-quran itu sendiri, wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

@Tanpa Nama
Saya rasa kalau dibaca ayat 109 ini, ia boleh juga diertikan sebagai masjid. dan boleh juga diertikan bangunan lain...sebab di sana menulisakan "..mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah..""..ataukah orang yang mendirikan bangunan di tepi jurang yang runtuh.."
-->masjid = takwa
-->bangunan= jurang yang runtuh

wahuallahalam bissawab...

வலையுகம் berkata... [Reply to comment]

Saya rasa kalau dibaca ayat 109 ini, ia boleh juga diertikan sebagai masjid. dan boleh juga diertikan bangunan lain...sebab di sana menulisakan "..mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah..""..ataukah orang yang mendirikan bangunan di tepi jurang yang runtuh.."
-->masjid = takwa
-->bangunan= jurang yang runtuh

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

sila lihat dengan berhati2..ayat itu yg ke 110,jadi nomor 0 nak letak kat mana tu???takkan buang begitu saja..bukankah Al Quran itu sgt smpurna??jadi knapa ada satu yg dikurangkan supaya bertepatan dgn kejadian 11 september itu?kenpa tidak ayat yg ke 111 saja???pada pendapat saya..yg dimaksudkan bangunan disini adalah bangunan pada waktu zaman Nabi Muhhamad.jelas sekali itu adalah masjid2 pada waktu itu..ayat ke 111 dikatakan bahawa Taurat,Injil itu sudah disahkan oleh Allah,tapi ada ayat Quran yg lain menuduh bahawa Injil sudah dirubah..mana yang benar??mengapa banyak ayat2 Al Quran yg berlanggar sesama sndri?Fikirkanlah dengan berhati2..sekian..