salah satu sifat yang terpenting yang patut ada pada setiap dalam diri diri kita ialah sifat muraqabah.apakah maksud muraqabah? ..rasa diri sentiasa dilihat ,dinilai,dipantau dan diawasi oleh allah , jadi pernahkah rasa rasa ini hadir dalam setiap diri diri kita sebelum ini?
kalau tanya islam,awal awal lagi islam mahu sifat sifat ini diusahamilikan oleh seluruh dan setiap umat umatnya hingga benar benar mendarah daging dalam setiap diri diri mereka.pendek kata,kalau sifat sifat ini tidak ada dalam diri diri kita,maka bermacam macam kejahatan dan kerosakan yang bakal dilakukan secara berleluasa seperti yang berlaku pada abad ini.
apabila sifat sifat muraqabah ini terhasil dalam jiwa diri seorang yang muslim,ia akan menjaga dirinya sewaktu duduk berseorangan dan dia tidak akan sewenang wenangnya melanggar batas batas susila agama dan larangan larangan allah ,juga tidak akan bersikap sambil lewa dan acuh tak acuh bahkan andai jiwa seorang yang muslim itu tercebur atau tergelincir atau terlajak juga dari landasan landasan agama dan kebenaran,sifat sifat muraqabah yang ada dalam diri itu segera menjadikannya cepat sedar akan hakikat pemantauan dan pengawasan rabbul rajil allah swt.dia akan segera insaf betapa sesaat jua pun ia tidak akan berdaya terlepas dari pengawasan zat allah yang maha mengetahui segala galanya.ia segera memperbetulkan diri dan berazam serta beriktikad tidak mengulangi kesilapan itu lagi buat selamanya.
justeru,sebagai pemeliharaan dan pertahanan berterusan,islam menyeru seluruh umat umatnya secara tegas supaya berusaha membina sifat muraqabah ini serta diperkukuhkan lagi dengan sifat haya' iaitu sifat malu kepada allah samaada ketika diwaktu sunyi atau terang terangan atau ketika seorang diri atau dikhalayak ramai.
dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh ibnu majah dan al albaniy daripada thauban r.a bahawasanya nabi muhammad saw pernah mengambarkan dalam satu bentuk penceritaan kisah bagaimana nanti dihari kiamat akan ada satu kelompok dikalangan umatnya pulang dengan membawa sejumlah amalan kebajikan yang begitu banyak sekali.kadar atau saiz amalan dan kebaikan yang banyak itu dinisbahkan nabi saw seperti sebesar dan setinggi gunung tihamah dari sudut jumlah pasir,debu,habuk dan batu batunya.
jadi bayangkan,namun,sayang sekali kesemua amalan kebaikan itu sama sekali tidak dipandang atau dinilai oleh allah..kenapa dan mengapa?..jawapannya adalah kerana kelompok umat yang malang tersebut semasa hidupnya didunia adalah dari kalangan orang yang begitu rakus dan berani berbuat kekejian dan dosa apabila diluar pandangan orang ramai.padahal ketika berhadapan dengan manusia lainnya,mereka menampilkan diri sebagai sebaik baik manusia yang diciptakan allah padanya.
firman allah
Dia lah yang telah
mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung
halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi
Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan
keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat),
dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat
menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka
Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas
dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke
dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan
tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang
beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka
insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang
yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.(surah al hasyr ayat 2)
jadi fahamlah kita,kalau hendak jadi seorang yang berjiwa muslim yang kuat iltizamnya maka sifat muraqabah perlu segera dibina.menurut para ulama ,ada 2 perkara berkaitan dengan sifat muraqabah ini yang elok sama sama kita bincangkan secara telus dan serius dan bersungguh sungguh,antaranya
Dan Dia lah Allah (yang
disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui
apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga
mengetahui apa yang kamu usahakan.(al an'am ayat 3)
apabila sifat sifat ini telah terbina didalam jiwa jiwa kita,maka secara automatik seseorang itu akan merasa malu yang amat sangat andai allah melihat dirinya ketika ia melakukan mungkar serta melanggar syariat syariatnya.
b.bahawasanya allah swt akan menghitung dan mencatat segala apa yang dilakukan semasa hidupnya didunia.tidak cukup sekadar itu,kesemua catatan catatan ini akan didedahkan dan dibongkarkan semula dihari kiamat nanti.ketika itulah,amalan baik akan dibalas baik dan manakala amalan buruk akan dibalas buruk.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(al zalzalah ayat 7-8)
kalau 2 bentuk keyakinan ini dapat kita hayati maka bertuahlah kita,insyaallah kita tidak akan tergolong bersama golongan yang menyesal dihari perhitungan nanti.lihatlah apa kata allah didalam al quran mengenai penyesalan orang yang berdosa dihari akhirat nanti.
firman allah
Dan "Kitab-kitab Amal" juga
tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang
berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka
akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian
keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan
semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu
sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim
kepada seseorangpun.(al kahfi ayat 49)
2.jalan dan kaedah suburkan sifat muraqabah
setelah muraqabah diperolehi hasil latihan dan mujahadah yang berterusan ,sewajarnya hendaklah selalu disirami seperti bunga dan dibajai serta dipagari agar terus subur dan terus bercambah cambah.kenapa?kerana pasti ada musuh yang bermatian matian mahu dan cuba merosak dan melenyapkan sifat sifat utama , yakni a) terus menerus iaitu beristiqamah melakukan ketaatan seperti
mendirikan solat fardhu berjemaah
qiamulail
zakat wajib dan bersedekah sunat
berdoa serta bermunajat
puasa dan haji
membaca al quran
berzikir,bertaubat dan beristighfar
tafakur
muhasabah diri
mujahadah
b)mengekalkan diri dalam suasana berjemaah
pastikan diri sentiasa hidup secara berjemaah kerana berjemaah itu mengundang rahmat yang maha esa.jangan sengaja memisahkan diri dari berjemaah.ini sahajalah jalan keampunan bagi menutup pintu pintu syaitan yakni musuh utama manusia yang terkenal dengan menyantiasa berusaha menjerat mereka mereka masuk kedalam perangkapnya.
syaitan memang sengaja mencari peluang dalam memerangkap orang orang yang gemar menyendiri dan tidak dekat dengan jemah kaum muslimin.dengan bermula dengan hembusan was was,tipuan demi tipuan,menampakan indah kemaksiatan sehingga manusia benar benar terjerat didalam belukar dosa yang akhirnya mengheret keneraka hawiyah yang menyala nyala.
firman allah
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.(al qari'ah ayat 8-11)
sabda rasululullah saw yang bermaksud janganlah kamu berpecah belah dan hendaklah kamu berjemaah maka sesungguhnya syaitan mudah menguasai yakni dekat terhadap orang yang suka menyendiri dan ia menjauh terhadap orang dua orang kerana kekuatan jemaah
0 ulasan:
Catat Ulasan