Jumaat, 12 Ogos 2011

Home » » masalah sosial remaja

masalah sosial remaja

kita mengakui bahawa krisis sosial membabitkan golongan remaja wujud dinegara kita dan kita perlu memandang masalah ini secara lebih serius,dengan menjadikan program menangani isu ini sebagai agenda utama negara.isu ini bukanlah masalah kecil berasaskan pada 2 asas utama



yang pertamanya masalah ini timbul membabitkan golongan remaja ,golongan yg merupakan penduduk terbesar negara kita dimalaysia ini.dan dapat dikatakan sebagai kadel pelapis yg bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara pada suatu ketika nanti.

yg ke duanya kegagalan kita membangunkan potensi golongan remaja ini bakal menjejaskan program pembangunan yg telah dijalankan seperti halnya banyak wang negara yg terpaksa digunakan untuk memulihkan kalangan penagih dadah dan penghidap penyakit hiv.islam memandang semua pihak samaada pihak berkuasa lebih lebih lagi pihak ibubapa perlu bertanggungjawab dan bekerjasama bagi mengatasi perkara ini.

sebagaimana sabda rasulullah saw yang bermaksud
setiap kamu adalah pemimpin , dan setiap kamu akan dipersoalkan akan apa yang kamu pimpin

dan lihat pada sejarah rasulullah saw telah memperteguhkan perjuangan para nabi dan rasulnya dengan tenaga beliau .allah swt memperteguhkan perjuangan para anbiya' dan nabi dengan tenaga pada belia .rasulullah mengijtihad sebanyak 27 kali.timbul persoalannya siapa yang berjihad mempertahankan islam bersama rasulullah saw didalam peperangan tersebut maka tak lain adalah sahabat sahabat baginda yg masih muda dan bertenaga para belia pada zaman tersebut telah melakukan jihad ,mereka berdakwah mentauhidkan allah serta berperang mempertahankan risalah yg dibawa oleh junjungan besar kita nabi muhammad saw .para belia ketika itu menjadi tulang belakang pada suatu perjuangan dan juga sebagai contoh ,apabila orang islam berhijrah dari mekah ke habsyah ,baginda rasulullah telah memilih jaafar bin abi thalib sebagai ketua kumpulan penghijrahan itu ,jaafar ketika itu merupakan sepupu baginda yg baru berumur 20 tahun.

demikian juga mus'ab bin ubair beliau ketika berumur 24 tahun ditatah oleh rasulullah ke yasrib sebelum peristiwa hijrah bagi menyebarkan ajaran agama islam disana.satu lagi seorang lagi dikatakan ,sebagai contoh usamah bin zaid pula dikenali sebagai panglima tentera islam yg paling muda dalam sejarah ,apabila beliau memimpin tentera islam membebaskan palestin ,usia usamah ketika itu 17 tahun namun beliau telah berjaya memimpin tentera islam sehingga memperolehi kemenangan.

begitulah letaknya remaja dizaman dahulu dalam membentangkan islam ,sejak kebelakangan ini kita merasa gembira semakin banyak program program yg diatur termasuk oleh pihak berkuasa dan ia mendapat sambutan yg mengalakkan daripada golongan belia,ia mencerminkan suatu perkembangan yg positif dalam masyarakat kita yg sedang berdepan pelbagai masalah sosial ,kita sedia maklum kini golongan muda remaja terdedah pelbagai unsur samaada positif atau negatif,oleh itu kita mestilah bersama sama memikirkan untuk mengambil tindakan,bahawa kita kini menghadapi golongan muda yg terdedah pelbagai unsur positif dan negatif , anasir anasir negatif bukan sahaja bertentangan dengan ajaran islam malah tidak bersesuaian dengan tatasusila dan peradaban kita sebagai orang orang timur,sebahagian masyarakat melayu kita telah dikesan menghidap penyakit psikologi yg agak kronik ,penyakit gelisah dan hilang pertimbangan akal  yg kemudiannya mengakibatkan berlakunya tindakan buruk seperti bunuh diri,menagih dadah,rompak,juga peminum arah,juga terdapat yang murtad dan lain lain lagi gejala sosial kita..hal ini boleh dilihat dengan lemahnya pegangan iman ,hilangnya pengaruh ibubapa dan kebergantungan mereka pada pengaruh rakan sebaya yg tidak mampu berfikir waras dan terpaksa hidup didalam suasana masyarakat yg penuh dengan budaya mungkar , oleh yg demikian sebagai ibubapa kita mesti mengambil tahu mencari satu jalan untuk mengatasi perkara ini , sebenarnya pencapaian kerja sekolah anak tidaklah sepatutnya dinilai sebagi sudut pencapaian akedemik sahaja tetapi kita perlu juga mengambil tahu dan memastikan akhlak dan nilai nilai murni ,adab sopan yg mereka amalkan , jika ibubapa atau kita tidak mengambil sikap yg baik atau kita tidak mengambil kisah terhadap kebebasan yg diamalkan oleh anak anak kita ,perbuatan ini adalah perbuatan yg sangat bertentangan dengan apa yg disabdakan oleh rasulullah saw

bahawa kata rasulullah saw yang bermaksud
setiap anak yg dilahirkan adalah fitrah maka ibubapanyalah yg menjadikan nya sebagai majusi,yahudi dan nasrani .
iman takwa dan akhlak mulia adalah nilai utama dalam hidup.
nilai utama untuk memenuhi misi kita ini disamping itu mereka juga harus memiliki semangat waja untuk berkorban kejalan yg diredhai oleh allah swt,kedudukan dan peranan anak anak kita ,anak anak remaja kita adalah suatu perkara yang diktiraf penting agama dan masyarakat di pundak mereka letaknya tanggungjawab kepimpinan demi memnbentuk masyarakat yg beragama dan bermoral

Related Posts by Categories



0 ulasan: