Selasa, 9 Ogos 2011

Home » » sudah kah anda bayar zakat

sudah kah anda bayar zakat



sudah lama saya tidak mengupdate blog saya , pada tarikh entry blog saya ini disiarkan bahawa kita telah pun menyempurnakan ibadah puasa kita dibulan ramadhan yang mulia ke 9 ramadhan yakni ibadah rukun islam yang ke 3.dalam hal ini saya teringat beberapa hadis rasulullah saw yang bersabda



telah menceritakan kepada kami abu kuraib muhammad bin 'ala bin kuraib telah menceritakan kepada kami abu bakr bin ayasy dari 'amasy dari abu shalih dari abu hurairah dia berkata , rasulullah saw bersabda pada malam pertama ramadhan syaitan syaitan dan jin jin yang jahat dibelenggu dan ditutup pintu pintu neraka dan tidak ada satu pun pintu pintu yang terbuka , dan dibuka kesemua pintu pintu syurga serta seorang penyeru berseru , wahai yang mengharapkan kebaikan maka bersegeralah kepada ketaatan dan wahai orang orang yang mengharapkan keburukan dan maksiat maka berhentilah kamu semua,allah memiliki hamba hamba yang selamat dari api neraka pada setiap malam dibulan ramadhan (sunan termidzi)

firman allah dalam surah al baqarah ayat 184 yang berbunyi

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. 




Daripada penjelasan diatas, dan seperti yang kesemua kita umat islam maklum, kita diwajibkan untuk membayar zakat apabila cukup syarat-syarat nya.

ini sesuai sebagai mana sabda nabi muhammad saw yang kira kira berbunyi seperti ini dalam hadis nabi daud,atau korang semua boleh melayari laman web hadis ini http://lidwa.com/app/

telah menceritakan kepada kami abdullah bin maslamah ,telah menceritakan kepada kami daud iaitu ibnu qais dari 'iyash bin abdullah dari abu said al khudri bahawa ia berkata ,kami dahulu disaat rasulullah saw bersama kami ,kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil,orang dewasaorang merdeka,atau budak satu sha' makanan atau satu sha' keju,atau sha' gandum atau satu sha' kurma atau satu sha' kismis,dan kami tetap mengeluarkannya

dalam hadis lain , yang diriwayatkan oleh sunan termidzi yang bermaksud
jika kamu sudah mengeluarkan zakat kamu maka kamu sudah menunaikan kewajipan 

sebagaimana firman allah dalam surah at taubah ayat 103 yang berbunyi

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 



Related Posts by Categories



0 ulasan: