Jumaat, 4 November 2011

Home » » sidang arafah

sidang arafah

apabila kita memperkatakan tentang arafah,kita biasa dengar "arafah"..itulah juga lafaz dinyatakan oleh rasulullah saw ..dalam banyak banyak hadis rasulullah shalawatulllahi wassalam ..kalimatnya berbunyi 'arafah..tetapi didalam al quran al karim dalam surah al baqarah,lafaz nya berbunyi arofat ..sejarak jamaknya arofat ..apa pun apabila kita mengkaji sejarah,apabila kita membaca tafsir,kita dapati antaranya,apabila allah swt berfirman dalam  ayat 198

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

perkataan arofat ini bila ulama' memberi takrifan,mereka mengatakan bahawa disana terdapat asas usul perkataan arofat..tak salah jika kita kata kan arofat pun boleh,arafah pun boleh,banyak sangat riwayatnya,menceritakan tentang kisah permulaan nama arofat,antaranya imam thabari dalam kitab tafsirnya menyatakan bahawa ia bermula apabila allah swt memerintahkan nabi ibrahim alahis salam untuk mengerjakan haji,jadi nabi ibrahimpun pergilah mengerjakan haji ,berjalan keluar,allah swt memberi gambaran nabi ibrahim akan bentuk tempat arafah ini ,akhirnya keluarlah nabi ibrahim menuju kemina bertembung dengan syaitan iblis ,maka dilontarnya 7 lontaran,itulah yang dinamakan jumrah tu kan? ..kemudian jalan lagi bertemu dengan iblis yang sama,dilontar lagi dengan 7 lontaran ..berjalan lagi bertemu pula dengan iblis..dilontar lagi dengan 7 lontaran ..berjalan ..berjalan lagi..akhirnya nabi ibrahim nampak satu tempat,tempat itu adalah seperti mana yang digambarkan oleh allah ...apa kata nabi ibrahim .."araf tu ..aku dah tau dah,inilah tempatnya"..maka diberikanlah nama arafah...disana terdapat beberapa pelbagai riwayat yang menyatakan tentang nama ini.ada yang mengatakan bahawa yang masyur ..biasa kita dengar ..ia adalah tempat pertemuan diantara nabi adam alahis salam dengan hawa ..juga dalam satu riwayat,dalam kitab tafsir ada menyatakan,ada juga yang mengatakan bahawa nabi ibrahim dibawa oleh jibril untuk buat haji ..bila sampai tempat arafah itu ..tempat wukuf itu nabi ibrahim kata "aku tahu tempat ini"..maka dinamakan arafah...itulah sejarahnya nama arafah...pun disana terdapat juga ulama ulama yang memberikan pentakrifan yang lain ..ada yang mengatakan bahawa arafah itu disebabkan iktiraf ..kita mengiktiraf dosa kita ..kita mengiktiraf allah itu lah tuhan yang sebenarnya.maka diberi nama arafah ..sebagai satu wukuf ,sebagai tempat wukuf ,rukun dalam ibadat haji

       sebagai tajuk artikel sidang arafah saya ini,sidang disini maksudnya bersidanglah..berkumpul ..tetapi sidang kita bukan sidang saja saja ..bukan sidang yang dibuat buat...bila dirujuk balik sejarah tadi...bahawa nama arafah itu hasil daripada ibadat...bukannya semata mata ..takkan ada satu benda nama arafah ..tempat tu pun nama arafah..tidak,sama sekali tidak ..tetapi asal usul nya ialah berpandukan kepada ibadat iaitu ibadat haji....
sebenarnya bila kita membicarakan tentang fadilat hari arafah ini banyak sekali ...dulu dulu ,bila kita membaca atau mendengar wukuf arafah ini,kita ingat benda yang mungkin kecil ..setakat duduk ..berzikir,bertahlil,bersembahyang,membaca al quran,tetapi sebenarnya fadilatnya amat besar sekali,diantaranya ..rasulullah saw bersabda tidak ada hari yang lebih banyak allah membebaskan hamba daripada api neraka melainkan hari arafah
rasulullah saw juga bersabda lagi maksudnya allahu taala berbangga bangga pada malaikatnya bahawa inilah hamba hambaku yang duduk berhimpun di arafah,nak meminta akan keampunan daripada allah... sungguh besar sekali,amat hebat lah fadilat ataupun kelebihan bulan arafah,begitu juga rasulullah saw juga bersabda dalam satu hadis  lain dalam bentuk cerita,bagaimana rasulullah saw menyatakan bahawa,hadis yang dinyatakan oleh imam thabari dalam kitab tafsirnya,daripada abbas r.a bahawa rasulullah saw bersabda aku berdoa pada hari arafah,supaya diampun kan dosa umat umatku,lalu allahpun berkata aku ampunkan,kata allah kecuali dosa hambaku dengan makhlukku,hamba sesama hamba,yang ini tidak boleh diampunkan..ini kena minta maaf,ini kena minta halal iaitu dosa sesama manusia,kemudian rasulullah saw dengar sebab allah mengecualikan kesalahan hamba dengan hamba,rasulullah pun minta lagi dengan katanya ya allah ampunkanlah dosa sesama hamba,ampunkanlah tetapi tidak dimakbulkan oleh allah ..rasulullah saw lalupun berdoa lagi ya allah ya tuhanku kalau boleh gantikanlah orang yang dizalimi ini atas kezaliman ..ganti..kalau hartanya hilang atau dicuri,gantikanlah ..dan ampunkanlah orang yang menzalimi ,allah pun perkenankan ..kemudian rasulullah saw ketawa,sahabat sahabat beliau semua terkejut,kenapa pulak rasulullah ketawa pada hari arafah,sahabat sahabat bertanya,maka rasulullah saw pun berkata,aku ketawa sebab iblis dengar apa yang iblis dengar,iblis rasa kecewa dengan doa rasulullah kepada allah tadi.
inilah kelebihan arafah yang kita sama sama kejar,sama sama kita meriahkan amal amal ibadat,bukankah disana terdapat hadis rasulullah yang mengatakan banyak sangat hadis hadis,ayat ayat al quran al karim yang menceritakan amalan amalan yang seharusnya kita lakukan dan tidak sepatutnya kita tinggalkan.

    suka saya menyebutkan diarafah ada terdapat masjid.masjid yang ada dibumi arafah itu dinamakan masjid "namerah" ..masjid ini sebenarnya kalau ikut zaman rasulullah,bahawa disinilah tempat nabi bagi khutbah sebelum bergerak untuk wukuf sebenar benarnya selepas daripada solat zuhur dan asar,yang berdekatan dengan jabal rahmah..masjid namerah ini besar diarafah itu.dan kalaupun kita nak berwukuf didalam nya pun tidak menjadi masalah cuma kita kena berhati hati kerana dalam masjid itu ada tanah haram,ada yang tanah halal...

apabila kita sudah mendengar tentang fadilat atau kelebihan ,tentang amalan amalan kelebihan kelebihan yang ada pada hari arafah ..rugi rasanya kalau kita tidak melakukan amalan yang bertepatan dengan sunnah rasulullah,kita tahu kesemua amalan yang baik itu dibayar oleh allahu ta'ala tetapi adakah lebih baik kalau kita menepati amalannya..sebab disana rasulullah saw bersabda berpuasa pada hari arafah,aku mengharapkan kata rasulullah,ia boleh menghapuskan dosa tahun yang lepas dan dosa yang akan datang. 2 tahun dihapuskan dosa iaitu tahun yang telah lepas dan tahun yang akan datang.
diantaranya juga rasulullah saw bersabda dengan sebab hari arafah termasuk didalam 10 awal zulhijjah maka disana ada hadis rasulullah saw,beliau bersabda tidak ada hari hari yang mana amal soleh amat disukai oleh allah daripada 10 hari ini.apakah harinya wahai rasulullah saw ? iaitu hari awal 10 zulhijjah.dalam riwayat lain,ibnu umar,abu hurairah.r.a,bila mereka berdua ini keluar kepasar mereka bertakbir dengan kuat kuat,orang yang dengar pun turut sama sama bertakbir,hidup 10 hari awal zulhijjah.antaranya juga rasulullah saw bersabda seafdal afdal bila kita nak berdoa ialah pada hari arafah.

Related Posts by Categories



0 ulasan: