salman al farisi pernah berkata "janganlah kamu menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan yang terakhir keluar darinya,kerana pasar ialah tempat berkumpul nya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka"daripada penjelasan ini,dapatlah kita simpulkan agar kita berhati hati dalam berjual beli kerana biasanya ketika itu dihadiri oleh hati yang lalai dengan keseronokan dunia,melihat berbagai bagai maksiat melibatkan aurat,pembaziran masa,wang,dan sebagainya.
antara adab adab berbelanja yang dituntut dalam islam ialah
- hendaklah kita mengambil kira akan apa yang kita ingin beli itu dari keperluan kita,kehendak dan kemampuan
- tidak digalakkan membawa wang yang melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yang melampau pembazirannya
- dapatkan pandangan daripada mereka yang tahu tentang sesuatu barang yang ingin kita beli
- pastikan barang yang dibeli itu halal pada perspektif islam
- jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar harga yang terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual
- jujur dan amanah
- utamakan urus niaga dengan orang islam melainkan setelah tiada pilihan
0 ulasan:
Catat Ulasan