Selasa, 15 November 2011

Home » » sisi lain disebalik kematian osama

sisi lain disebalik kematian osama

Kesucian dan keharmonian islam tidak akan dapat difahami dan dihayati hanya berbekal kan teknologi yang tinggi.tetapi dunia memerlukan sifat rasional pertimbangan budi untuk menilai dan memahaminya.barat silap jika menjangkakan kebangkitan islam akan terencat begitu sahaja dengan menggunakan tekanan politik,sekatan ekonomi dan kuasa ketenteraan.

barat juga tersilap jika terus mengembar gemburkan bahawa tokoh seperti osama bin laden yang akan memimpin kemaraan islam kini dan pada masa akan datang , barat lebih tersilap jika merasakan bahawa kebangkitan islam adalah satu ancaman yang akan membawa kepada pertembungan total antara islam dengan barat yang akhirnya melenyapkan kepelbagaian tamadun manusia seperti yang dinukilkan oleh francis fukuyama dalam bukunya the end of history - yang membayangkan akhirnya dunia ini akan dikuasai oleh liberal kapitalis.

manusia sebenarnya bebas untuk memilih samada untuk menerima islam atau liberal kapitalis sebagai cara hidup mereka.pilihan akan jatuh pada sistem yang dapat memberi keadilan,kemakmuran dan keamanan kepada manusia samaada dari segi spiritual,mental dan material.jika barat mahu terpilih ,ia mestilah membuktikan kemampuannya untuk berlaku adil,berkongsi kemakmuran dan memberi keamanan kepada penduduk dunia.jika tidak barat tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk menerima nya walaupun diancam dengan muncung senjata.

hakikat ini juga mencabar negara negara islam untuk membuktikan bahawa merekalah sebenarnya yang lebih layak untuk memberikan sesuatu yang lebih baik berbanding barat.dunia menanti sifat toleransi,adil dan dinamik seperti yang terkandung dalam sejarah islam.ajaran islam bukanlah untuk menganas tetapi bertujuan menyelamatkan.falsafah ini mesti diterjemahkan dalam bentuk amalan,untuk menyelamatkan orang lain,umat islam mestilah membuktikan bahawa mereka mampu menyelamatkan diri mereka sendiri terlebih dahulu.

tegasnya dari segi lahiriah ,negara islam mestilah membina kekuatan ekonomi,politik,perpaduan dan ketenteraan mereka sendiri.manakala dari sudut rohaniah pula,umat islam mestilah mampu membina satu kehidupan yang lebih adil,amanah,jujur,bertimbang rasa,pemaaf,pemurah,berani dan bersih daripada kemungkaran dan kemaksiatan.dan ini memang menjadi misi ajaran islam iaitu membawa rahmat keseluruh alam.jika kedua dua syarat ini dipenuhi,maka negara islam layak mengantikan amerika sebagai pemimpin dunia.

osama bin laden bukanlah wakil keganasan islam dan beliau juga bukanlah wakil keadilan islam.beliau cuna seorang individu muslim yang bangun menentang kezaliman dan kecurangan amerika terhadap umat islam dengan kemampuan dan caranya tersendiri.beliau umpama harimau yang dicederakan oleh pemburu yang tidak bertimbang rasa.memang harimau akan menjadi ganas jika habitatnya diusik dan ekosistem hutan dirosakkan.

inilah yang berlaku pada dunia masa kini,tabiat manusia yang inginkan kebebasan telah diusik manakala ekosistem politik,kewangan,budaya,ekonomi bagai rimba kemanusiaan telah di per kotak katikkan oleh kuasa kuasa besar dunia.israel terus menjajah palestin juga dengan sokongan kuasa kuasa besar. kuasa besar ekonomi terus menindas negara negara miskin dan negara membangun.

allah mampu menghapuskan keganasan dengan satu keganasan..tetapi allah juga memberi pilihan kepada kita supaya berusaha menghapuskan keganasan dengan satu kelembutan dan keadilan.dan inilah amanah yang dipikul oleh pejuang islam.pejuang islam yang sebenar bukanlah mereka yang berjuang secara terdesak dan reaktif,sebaliknya mereka bangun dengan citra yang lebih harmoni,mendidik,mendamaikan dan menawarkan satu tamadun yang lebih tinggi dan harmoni berbanding apa yang sedang diberikan barat masa kini.

islam datang untuk menyelamatkan dunia barat dan timur,itulah potensi sebenar yang ada pada islam.sayangnya potensi ini bukan sahaja tidak dapat dilihat oleh barat bahkan umat islam juga kadangkala kabur dengan kekuatan dan kemampuan mereka sendiri.sesunggunya berita kematian osama bin laden tidak akan melindungi kehebatan islam itu.biarlah barat khususnya amerika terperangkap dengan sangkaan dan propaganda ciptaan sendiri,sedangkan kita umat islam akan terus bekerja dengan roh islam sejati.

sesungguhnya dewasa ini islam lebih memerlukan perpaduan dan kekuatan yang dibina secara kolektif dan sejagat daripada terus bersandar dengan karisma dan ketokohan yang berpusat hanya seorang individu.justeru,apabila umat sudah baik,allah akan tampilkan seorang pemimpin yang baik untuk mereka . sabda rasulullah shalawatulllahi wassalam yang bermakud bagaimana kamu begitulah pemimpin kamu (riwayat al dailami)

Related Posts by Categories



0 ulasan: