bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk kedalam rumah kita.auummm!!!..gigi gigi nya menyeringai.kuku kukunya tajam menerkam,lalu apa yang akan terjadi?
sudah tentu ramai antara kita yang bertempiaran lari,menjerit,bertakbir,menyorok dibawah katil,mengunci diri dalam bilik dan ada juga yang terus pengsan.
bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk kedalam rumah kita...nggg!!!..apa yang terjadi?hmm..ia terbang bebas kehulu kehilir,ramai yang buat tak tahu sahaja."apalah yang perlu ditakutkan dengan seekor nyamuk"...jelas semua orang takut kepada sesuatu yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada sesuatu yang kecil.sedangkan jika dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk,yang mana lebih ramai?
bandingannya mudah,berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa "pak belang"?..berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi,malaria,japanese encephalitis,untut dan sebagainya yang kesemuanya berpunca daripada gigitan nyamuk.
begitulah analogi nya yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini.semua orang takut dan bencikan zina..actually yang perempuan,,mungkin...ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
namun ramai yang tidak takut pada perkara perkara yang boleh membawa kepada zina.ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh.tiada sensitiviti untuk menghindarinya.akibatnya,yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.
tidak hairanlah al quran menyuruh supaya berwas was terhadap perkara yang dianggap kecil itu.sebagaimana firman allah dalam surah al israk ayat 32 : janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya ia adalah perbuatan yang amat keji dan amat seburuk buruk jalan.
sms,panggilan telefon,dating,chatting dan macam macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah antara jalan jalan menghampiri zina.ia ibarat nyamuk nyamuk "ikhtilat" yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
apa itu ikhtilat?..ikhtilat ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram,dalam islam,asas pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram sama sekali.
namun jika atas dasar urusan dan kerja,maka interaksi antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram menjadi harus.kaedah syarak tentang asal hukum muamalat.
ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut darurat membolehkan apa apa yang dilarang.urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah satu keperluan atau disebut darurat.
namun keharusan ini tidak dilepaskan sebebas bebasnya,sebaliknya ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya,kaedah syarak yang lain menyebut darurat diukur dengan kadarnya.
masalahnya ramai orang yang beralasan kan urusan untuk menghalalkan ikhtilat terlarang.panggilan telefon,sms,dating,dan chatting tanpa urusan kian membarah sebagai budaya..apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "urusan"?
urusan adalah sesuatu yang apabila dibentangkan dihadapan allah subhanallahu ta'ala,kita yakin kita mampu menjawab dan berhujah bahawa ia adalah urusan,maka itulah yang dinamakan urusan.jika hati masih berasa was was samada ia suatu urusan atau tidak maka ber awas lah.
daripada wabisah bin ma'bad r.a bahawa beliau berkata "aku telah menemui rasulullah lalu baginda bersabda yang bermaksud:"engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan?"aku menjawab "ya"..baginda bersabda yang bermaksud:"mintalah fatwa dari hatimu.kebajikan itulah ialah suatu perkataan dalam diri dan hati berasa tenang tenteram terhadapnya dan dosa itu adalah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan rasa ter agak agak dihati,sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu"(riwayat ahmad dan al darimi,hadis hasan)
cinta yang asalnya suci dan bersih boleh tercemar apabila disalurkan kepada jalan jalan yang mendekati zina.
menghampiri zina semakin menjadi trend muda mudi malah orang dewasa sekalipun.rasulullah saw telah mengingatkan melalui sabda nya yang bermaksud "kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli (riwayat ahmad)
amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang "berat berat" terus,ia biasanya dimulai dengan yang "ringan ringan" dahulu atau apa yang disebut sebagai menghampiri zina.
cinta fitnah yang tersalur ke jalan jalan menghampiri zina ini tidak kemana.orang yang memilih cara ini,hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada didunia,akhirat atau kedua duanya sekali.
allah telah mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud "teman teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang orang yang bertakwa (surah al zukhruf ayat 67)
sama sama lah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.remaja yang membina kualiti fardhu muslim,insyaallah akan dianugerahkan oleh allah dengan baitul muslim.baitul muslim ini pula akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat muslim seterusnya negara dan khalifah.
0 ulasan:
Catat Ulasan