Sabtu, 24 Disember 2011

Home » » hiburan tidak salah tapi biarlah mendidik jiwa

hiburan tidak salah tapi biarlah mendidik jiwa

islam adalah agama yang sempurna dan islam juga merangkumi segala aspek fitnah insani manusia.begitu juga dalam aspek hiburan,islam tidak melarang,umatnya merai hiburan kerana ia juga termasuk dalam fitrah manusia.

sebagai buktinya,dapat kita lihat dalam riwayat hadis,daripada siti aisyah radiallahu 'anha,katanya Rasulullah shalawatullahi wassalam masuk menemui saya, ketika itu ada dua orang budak perempuan menyanyi-nyanyi bersama sama bagi memperingati perang Baath. Baginda langsung sahaja mendengar nyanyian tersebut sambil berbaring di tempat baringku dan dipalingkan mukanya.
lalu Tiba-tiba Abu Bakar RA masuk serta mengherdik saya dengan katanya ‘serunai (mizmar) syaitan’ di sisi Baginda SAW. Rasulullah SAW mengadap Abu Bakar seraya berkata: ‘Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa)’. Apabila keadaan Rasulullah SAW selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi, mereka pun berhenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)  


daripada hadis ini,dapat kita simpulkan bahawa hiburan itu tidak salah tapi biarlah hiburan itu lebih kepada mendidik jiwa serta mendekat diri diri kita kepada yang maha pencipta,

sebenarnya,saya berasa sedikit kesal hiburan hiburan yang dipersembahkan pada masa kini adalah begitu melampau sehingga melalaikan,dengan berpakaian terdedah disana sini,lebih mengusarkan ia bagaikan umpama virus yang terus merebak dikalangan anak anak muda dan remaja remaja kita.

tidak kurang juga pusat pusat hiburan yang bagaikan cendawan tumbuh,hasilnya dapat kita lihat di kaca telivesyen dan didada akhbar kes kes pembuangan bayi,gejala black metal dan sebagainya.

saya begitu tertarik seperti kata al imam ali radiallahu 'anha yang mengumpamakan hiburan sebagai garam dalam masakan,biar lah secukup rasa garam tersebut,jika berlebihan maka rosaklah masakan itu.

daripada kata kata al imam ali radiallahu 'anha ini dapat kita ringkas bahawa hiburan yang berlebih lebihan akan mengelapkan hati dan menjauhi kita daripada rahmat allah.

Related Posts by Categories



0 ulasan: