Ahad, 8 Januari 2012

Home » » seksa kucing, dapat azab di akhirat

seksa kucing, dapat azab di akhirat

seorang wanita , himyariah isrilliyah tergamak mengurung seekor kucing perliharaannya selama berhari hari tanpa memberi makanan dan juga minum.apabila kucing itu mengiau ngiau meminta belas ihsan kerana kehausan dan kelaparan , beliau tergamak membiarkan sahaja kerana beliau memang sengaja mahu menganiaya kucing berkenaan .

selepas beberapa hari , kucing berkenaan mati dan kemudiannya mengadu kepada penciptanya iaitu allah mengenai kezaliman himyariyah terhadapnya.sikap tidak berperikemanusiaan wanita tersebut telah menempah dirinya keneraka , setelah bertemu maut.

nabi muhammad saw melihat sendiri bagaimana kucing tersebut memburu wanita itu,kesan kesan calar terlihat jelas dimuka dan juga badannya.baginda melihat semua ini ketika allah swt memperlihatkan kepada baginda keadaan syurga dan juga neraka ketika baginda melakukan solat gerhana.

umat umat islam dilarang keras menyakiti haiwan apatah lagi mengurung tanpa memberi makan minum,adalah lebih baik dilepaskan sahaja binatang berkenaan supaya dapat ia mencari makan minumnya sendiri.

Related Posts by Categories



0 ulasan: