Ahad, 8 Januari 2012

Home » » Doa Bagi Melunaskan Hutang dan sebagainya

Doa Bagi Melunaskan Hutang dan sebagainya

Katakanlah: "Ya Allah yang memiliki kerajaan! Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut (lenyapkan) kerajaan itu dari sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu. (ali imran 26)


Engkau masukkan malam ke dalam siang (memperpanjang masa malam) dan Engkau masukkan siang ke dalam malam (memperpanjangkan pula masa siang). Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada terkira."(ali imran 27)
Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz Bin Jabal r.a. bagi melunaskan hutang-hutang yang ditanggungnya. Ini juga adalah amalan yang diajarkan oleh guru saya untuk menjadi amalan sepanjang hidup. Ayat ini jika diteliti mangandungi maksud yg sgt mendalam yang menjadi pegangan kita diwaktu susah atau senang, waktu suka dan duka, apabila ditimpa musibah, ditindas oleh orang, untuk mendapatkan kebaikan dan kedudukan yang baik di dunia dan akhirat, untuk diperluaskan rezeki, kemuliaan dunia dan akhirat, perlindungan dari sebarang bahaya...dan bermacam macam lagi yg mungkin bukan dalam pengetahuan saya..

apa pun apabila kita beramal, beramal lah dengan ikhlas kerana Allah bukan kerana ganjaran atau fadhilat ayat tersebut...
Insyaallah doa dan permintaan kita dimakbulkan.credit : forum.carigold.com

Related Posts by Categories



0 ulasan: