Sebagai
agama yang sempurna, Islam telah mengatur prinsip-prinsip dasar semua
bidang kehidupan umat seluruh manusia.
Termasuk di dalamnya adalah konsep
toleransi dan cara hidup dalam masyarakat yang majmuk. Allah SWT
menciptakan manusia di muka bumi ini dengan berbagai macam suku
bangsa, ras, agama dan etnik. Untuk itu pula Allah SWT mengajarkan
konsep toleransi, dengan tujuan wujudnya perdamaian umat manusia di
muka bumi ini.
Maksudnya
: “Dan janganlah
kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka
kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan.
Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan
amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali
mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah
lakukan.”
Berdasarkan ayat tadi, jelas bahawa umat Islam wajib
menghormati masyarakat yang bukan Islam. Kita ditegah mencemuh atau
mengejek mereka, kerana mereka akan membalas penghinaan tersebut.
Inilah konsep toleransi yang diajarkan Islam.
Perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang terjalinnya
kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia. Meskipun kita
bergaul dengan orang yang berbeza iktikad keyakinan, tetapi kedamaian
hidup tetap menjadi keutamaan. Allah SWT mengizinkan umat-Nya untuk
menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada orang yang berbeza akidah
sekalipun.
Allah
SWT mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak
penganut agama lain. Pengajaran paling penting adalah kita dilarang
berlaku tidak adil terhadap mereka hanya disebabkan perbezaan akidah.
Sebaliknya jika hak Islam digugat, maka baharulah Islam mengizinkan
tindakan yang lebih keras. Ini disebut oleh Allah SWT di dalam surah
al-Mumtahanah ayat 8-9:
Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
Berdasarkan ayat tadi, jelas bahawa Islam menyuruh
umatnya menghormati penganut agama lain. Oleh
yang demikian, sebarang tindakan kekerasan terhadap masyarakat bukan
Islam dengan alasan berbeza agama adalah tidak dibenarkan secara
syariat.
Sememangnya al-Quran ada menyebutkan tentang prinsip
orang Yahudi dan Nasrani yang tidak akan menerima dan terus membenci
umat Islam sehingga kita mengikut agama mereka. Namun, sebagai
pengikut Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat sekalian alam, kita
tidak dibenarkan memusuhi dan memerangi mereka tanpa alasan yang
dibenarkan oleh syara’.
Penghormatan terhadap masyarakat bukan Islam juga telah
dibuktikan oleh Rasulullah SAW, tatkala baginda membuat Piagam
Madinah. Baginda secara jelas menyebut bahawa orang Yahudi sebagai
satu umat. Di antara butir-butir kesepakatan yang terkandung dalam
Piagam Madinah ialah sesiapa yang hidup dan tinggal di wilayah
Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat
zalim (makar),
hendaklah dilindungi dan diberi keamanan.
Dalam
sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyatakan bahawa:
“Barangsiapa
menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam,
maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya,
maka ia telah menyakiti Tuhan”.(Riwayat Abu
Daud)
Sebagai umat Islam, kita dilarang menghakimi mereka.
Tetapi kita hendaklah tegas dalam menyatakan keesaan Allah SWT.
Toleransi bukan bererti kita mengakui kebenaran keyakinan mereka.
Islam menetapkan bahawa persoalan iman dan ibadat tidak ada
toleransi.
saya menyeru marilah kita merenung kembali
pemahaman agama kita. Semoga dengan itu, kita mampu mencapai misi
Islam sebagai agama “Rahmatan lil ‘Alamin”
yang tersebar ke seluruh penjuru dunia dan bersesuaian dengan
penghayatan konsep Satu Malaysia.
Pemahaman ajaran Islam secara lengkap dan bijaksana akan
mempengaruhi strategi dakwah yang berkesan dan teratur, sehingga
masyarakat di luar Islam akan tertarik dengan Islam, bukan benci
kepada Islam. Kita perlu ingat bahawa kira-kira 40 peratus penduduk
negara ini terdiri daripada bukan Islam. Oleh itu, menghormati mereka
memberi peluang besar kepada kita untuk terus berdakwah.
0 ulasan:
Catat Ulasan