Allah
SWT mencipta alam dan
muka bumi ini penuh dengan sempurna supaya manusia dapat hidup aman rukun damai.
Bagaimanapun terdapat manusia yang suka mengganggu ketenteraman dan
kesejahteraan
itu sendiri. Dalam al-Qur’an disebutkan
empat watak
manusia yang
sebegini. Sama ada dalam kehidupan peribadi, berjiran tetangga,
bermasyarakat, berbangsa atau bernegara. Keempat-empat watak ini
selalunya mengganggu masyarakat dan sentiasa bekerja mengelabui mata
orang ramai,
mempersenda-sendakan
agama
dan melakukan
apa sahaja untuk merosakkan masyarakat dan juga ummah.
firman allah :
Maksudnya:
“Dan
di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan
dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia
(bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam
hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras
permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi,
untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan
keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka
kepada kerosakan.”
Antara
watak tersebut adalah:
WATAK PERTAMA : Manusia
yang bermulut manis dibibir tetapi hati penuh dengan racun berbisa.
Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya
tarikan yang mempersonakan hati ramai orang. Dia boleh dianggap
mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan
seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada
hakikatnya adalah lain dibibir lain dihati.
Pada pandangan agama Islam, manusia seperti ini adalah
seorang yang munafik. Zahirnya mengatakan ’Ya’ tetapi batinnya
mengatakan ’Tidak’. Manakala dalam masyarakat Melayu, dia
dipanggil ’Musuh Dalam Selimut’, ’Musang Berbulu Ayam’ atau
’Telunjuk Lurus Kelingking Berkait’.
WATAK KEDUA : Manusia perosak masyarakat. Manusia jenis ini tidak mempunyai rasa
malu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat.
Kerosakkan yang dilakukan adalah semata-mata kerana tidak dapat
mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat
kebaikan.
Antara
musibah yang menimpa masyarakat dengan adanya manusia sebegini adalah
lahir kumpulan yang suka menyalahkan orang lain atau kumpulan lain.
Ada yang sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain. Kita perlu
ingat bahawa watak ini tidak dapat menyelesaikan masalah ummah tetapi
menambahkan beban masalah buat masyarakat dan negara. Justeru itu,
manusia yang terlibat dalam kelompok ini, gemar mencela, mengumpat,
mengutuk, memfitnah tanpa dasar yang betul. Adalah suatu kezaliman
sekiranya seseorang menuduh orang lain melakukan perbuatan yang tidak
dilakukan olehnya.
Rasulullah
s.a.w. telah mengingatkan kita dalam sebuah hadith baginda yang
diriwayatkan oleh at-Thobarani:
Mafhumnya:
“Janganlah kamu
mencaci maki para pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana
sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan untuk kamu juga”.
Salah
satu perkara yang
dilakukan oleh mereka
ini ialah
melalui penyebaran berita palsu dan fitnah. Fitnah dilakukan sama ada
melalui perkataan, ucapan atau tulisan. Pada zaman era globalisasi
ini pelbagai fenomena fitnah telah muncul. Justeru, umat Islam
hendaklah berusaha menolak dan menjauhi daripada terlibat. Alat-alat
tekonologi yang maju patut digunakan untuk faedah dan kebaikan
manusia dan bukannya disalahgunakan.
Sedarilah
bahaya fitnah tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang. Jika
fitnah terkena kepada pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya. Jika
fitnah itu mengenai guru, maka hilanglah
kewibawaannya sebagai pendidik. Dan jika fitnah itu mengenai suami
isteri, maka bergoncanglah keharmonian rumah tangga dan keluarga.
firman allah :
Maksudnya:
“Dan jagalah diri
kamu daripada dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di
antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat
azab seksa-Nya”.
WATAK KETIGA PULA IALAH : Manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan,
tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain
serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak
membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul, diajak
secara jujur, maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.
Watak
manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat
kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa
benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain.
Lantaran itu manusia seperti
ini akan
menjadikan sesiapa sahaja sebagai ‘Kambing Hitam’ untuk menutup
segala kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.
Kesemua watak manusia yang dinyatakan tadi mengajak kita
semua berfikir dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan
berkenaan. Untuk itu saya menyeru ,sedarilah bahawa masyarakat yang bertamadun akan
mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan jahat yang boleh
memusnahkan agama, masyarakat dan negara. Semoga dengan sikap
sedemikian kita tidak terjerumus ke dalam perbalahan, perpecahan,
pencerobohan hak, pertumpahan darah dan sebagainya.
firman allah dalam Surah
al-Ahzab ayat 17 yang berbunyi:
Maksudnya:
“Katakanlah:
Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu
menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat
kepada kamu? Dan mereka tidak akan
beroleh sesiapapun selain Allah, pelindung atau penolong mereka.”
0 ulasan:
Catat Ulasan