Selasa, 18 Januari 2011

Home » » kisah golongan jin yang terdapat dalam al quran

kisah golongan jin yang terdapat dalam al quran

Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!(surah al jin ayat 1) `Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.(surah al jin ayat 2) `Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.(surah al jin ayat 3) `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (orang) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah dengan kata-kata yang melampaui kebenaran;(surah al jin ayat 4)

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sepenuh ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya dengan (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.(surah al ahqaf ayat 29) Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kita kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang amat lurus (ugama Islam)(surah al ahqaf ayat 30) "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (surah al ahqaf ayat 31)

Related Posts by Categories



0 ulasan: