Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (al baqarah ayat 245)
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada
hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang
mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan
malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima oleh Allah.
Terdapat
satu riwayat menyatakan bahawa, “Apabila seseorang itu meninggal dunia
dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu di kafankan, orang
itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila
selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua
malaikat, Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu
supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu
akan berkata, “ Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu
tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehigga aku membawanya masuk ke
syurga!” Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata,
“Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan
suara yang perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah
engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini , engkau tidak
akan berasa dukacita lagi.” Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak
itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan
kasturi dan malaikat-malaikat dari syurga.
sabdanya lagi
syafaat al quran adalah orang tengah dan apa yg datang dari orang yang mempercayai, dan
barangsiapa yang menjadikannya didepan, maka ia akan membawa kepada
syurga, dan barangsiapa yang menjadikannya dibelakang, maka ia akan
membawa ke neraka"
sabdanya lagi
apabila seseorang itu mati , maka terputuslah segala amalannya didunia ini kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah (wakaf) atau ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya
Keterangan
hadis ini menunjukkan bahawa al-Quran mempunyai fadilat yang amat besar
sekali sebagai jaminan serta pelindung bagi mereka yang mengamalkan segala
kandungannya dan memperbanyakkan pula dengan mewakafkan atau bersedekah dengan kitab suci al quran itu sendiri.
Alangkah indahnya dan bahagianya
sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu betapa tingginya syafaat
Al-Quran, tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak pada diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang , kita pasti tidak akan mampu untuk memperlambat
atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat walau sekalipun kita berada dalam benteng yang amat teguh,kematian itu pasti akan tiba . Dan apabila kita berada
di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita , adakah keluarga kita ? kawan kawan kita ? isteri kita ? anak anak kita ? adakah mereka mereka ini yang akan membantu kita ? yang nyatanya amalan-amalan baik kita sahaja sewaktu di dunia ini yang akan menemani kita dan membantu kita . sesungguhnya Allah telah
menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah
itu adalah benar. oleh kita marilah kita bersama sama agar sentiasa mendekati Al-Quran dan kita jadikan ia sebagai teman kita di dunia ini
dan kita meng edarkan pula kepada masyarakat umumnya secara mewakafkan atau kita bersedekahkan dengan al quran itu sendiri kepada mereka , kepada kawan kawan kita , atau masjid masjid umpamanya atau saudara saudara islam kita yang lain..kerana al quran itulah yang akan menjadi pendamping yang amat setia dalam usaha yang kita amal kan bukan sahaja di alam kubur malah di akhirat nanti.
0 ulasan:
Catat Ulasan