Sabtu, 17 Disember 2011

Home » » cahaya hidayah ada dimasjid

cahaya hidayah ada dimasjid

dalam al quran ,ada terdapat satu surah yang dinamakan an nur  , dalam surah ini ada ayat yang menyebutkan perkataan cahaya.

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (surah an nur ayat 35)

setelah allah menceritakan perumpamaan gemilangnya cahaya hidayah itu,allah menjelaskan pula dalam ayat berikutnya

(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (an nur ayat 36)

siapa yang tidak suka pada cahaya ,lebih lebih lagi cahaya hidayah.jika dengan cahaya fizikal dapat menerangi pandangan mata fizikal kita ,maka cahaya hidayah ini akan menerangi pula pandangan mata hati seseorang.dengan adanya cahaya fizikal kita dapat melihat perkara yang boleh memberi manfaat kepada kita dan juga mudharat.dengan cahaya hidayah ,mata hati akan dapat melihat dan membezakan perkara yang membawa kepada kemuliaan seseorang itu disisi allah ataupun yang menjerumuskan seseorang kepada kemurkaan allah.

satu perkara yang perlu kita beri perhatian dalam ayat ini adalah berkenaan amalan zikrullah dimasjid masjid.ayat dalam surah an nur ini menyatakan bahawa rumah rumah allah itu ialah tempat yang telah dikhaskan untuk beribadah dan mengingati allah rabbul jalil.

dalam satu riwayat menjelaskan bahawa abu hurairah dan abi sa'id al khudri radiallahu 'anha bersaksi keatas rasululllah saw bahawasanya baginda saw bersabda yang bermaksud

tidaklah duduk duduk satu kaum yang mana mereka berzikir kepada allah melainkan mereka akan dikerumuni oleh malaikat ,diliputi mereka oleh rahmat,turun keatas mereka akan rahmat dan allah akan menyebut mereka dihadapan malaikat malaikat yang berada disisinya (al hadis)

muawiyah menceritakan ,satu hari rasulullah saw pergi kesatu majlis para sahabat dalam majlis,lalu baginda bertanya "apakah yang menyebabkan kalian duduk disini?" sahut mereka "kami duduk berzikir kepada allah dan memujinya kerana telah memberikan pertunjuk kepada kami" rasulullah pun bertanya lagi "demi alllah ,adakah hanya kerana ini kamu duduk disini?" mereka menjawab "demi allah,hanya kerana inilah kami duduk disini" rasullullah lalu bersabda "aku meminta kamu bersumpah bukan kerana men tohmah kamu,tetapi jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa allah sesungguhnya berbangga dengan kamu dihadapan malaikat malaikatnya (al hadis)

alangkah beruntungnya para sahabat ,apabila amalan amalan mereka sering mendapat pujian langsung daripada allah,jika kita ingin menarik perhatian allah kepada kita,maka marilah kita hidupkan amalan amalan yang telah dicontohkan oleh mereka ,seperti mewujudkan majlis zikrullah dimasjid masjid.

apabila kita dapat menarik perhatian allah dan allah berbangga dengan kita,adakah ini semua tidak cukup bagi mengerakkan  kita untuk berada dalam majlis majlis zikrullah ?
semoga allah tidak menjadikan  hati kita kaku dan mati . amin !!

Related Posts by Categories



0 ulasan: