memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai sekali harganya kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita,baik disudut kebendaan ,kecenderungan mahupun tingkah laku.samaada kita yang akan terikut ikut dengan kecenderungannya ,ataupun sebaliknya dia akan terpengaruh dengan kita...betul tak?
secara umumnya kan,kita melihat orang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga disebaliknya.dalam hal ini rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud perumpamaan dua orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan,yang satu membersihkan yang lainnya (riwayat al dailami)
dan baginda saw menyambung lagi dengan sabdanya bersahabat dengan orang yang soleh dengan orang yang jahat sepeti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi yang menghembus bara api. pengedar minyak wangi,samaada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau bauan daripadanya ataupun sekurang kurangnya anda mendapat juga bau wangi daripadanya. manakala tukang besi pula ,ia akan menyebabkan pakaian anda terbakar ataupun anda mendapat bau yang kurang enak atas hembusan bara apinya (riwayat abu daud)
oleh sebab itu ,kita wajar dan harus berhati hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan kita,teman ataupun jua sahabat kita. seorang sahabat semestinya memiliki sifat sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan dunia ini dan juga membantu kita diakhirat kelak.
sabda baginda muhammad rasulullah saw yang bermaksud “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
dalam riwayat lain nabi saw bersabda “Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
berikut saya nukilkan beberapa panduan ciri ciri sahabat yang boleh kita ikuti :
---sifat sahabat yang baik----
1.memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik yang membawa maksud seorang yang disenangi,mempunyai akal yang baik,berbudi pekerti dan mematuhi perintah allah contohnya menjaga solat,rajin memberi nasihat dan sebagainya.sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat.berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.
2.menutup keburukan dan kekurangan sahabat baik semasa kita ada ataupun tiada.tidak menceritakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita,dia akan menjaga aib tersebut.ini sesuai sebagaimana sabda baginda muhammad shalawatullahi wassalam yang bermaksud sesiapa menutup keburukan saudaranya (aib)maka allah akan menutup keburukannya diakhirat (riwayat ibnu majah)
juga dalam surah al hujurat ayat 12 , allah juga ada menukilkan sebagaimana firmannya
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al hujurat ayat 12)
3.memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya yang memberi maksud sahabat kita sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan ,kesedihan dan kesenangan bersama ,menjadi penghibur waktu kita bersedih dan pelindung jika memerlukan.sanggup mengorbankan masa,harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya
4.menyebut kebaikan yang memberi maksud jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita,dia akan menghargai dan menyebut nyebut kebaikan itu.tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya
5.mudah mengalah yang memberi maksud jika berlaku salah faham nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan persahabatan.mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya
6.mendorong kita mencapai kejayaan didunia dan juga diakhirat.saling menasihati sahabatnya berkenaan hal hal dunia dan akhirat.bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati.
-----sahabat yang perlu kita jauhi-----
1.mementingkan diri sendiri yang memberi maksud dia terlalu banyak meminta minta dan sedikit memberi.mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara.keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan dan harta dunia.
2.kaki pengampu yang memberi maksud setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju,tidak kira samaada perkara itu betul ataupun salah.apabila berhadapan ,dia akan memuji muji kita namun dibelakang kita,dia merendahkan rendahkan atau mengutuk kita dan mungkin mengkhianati kita.
3.pemboros dan suka hiburan yang membawa maksud apabila seronoknya datang,dia menjadi kawan yang setia.dia senang menjadi sahabat jika kita suka berfoya foya,berkeliaran dan melepak pada bila bila masa serta suka ketempat tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan.
4.membuat kan kita semakin jauh daripada allah yang memberi maksud mengajak supaya meninggalkan solat contohnya ataupun mengajak kita kearah maksiat dan sebagainya
5.suka berbantah bantah ,jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.
maka oleh itu berhati hatilah pembaca pembaca sekalian dalam memilih sahabat kerana ia akan menjadi cermin keperibadian kita.berkawan lah dan bersahabat lah kerana allah untuk mencapai redanya . dalam hal ini rasulullah saw pernah bersabda “... Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada
hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan
Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang
kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah... ”
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
dan... Hadith lain Rasulullah SAW berkata,
Demi yang diriku ada di Tangan-Nya, tidaklah seorang hamba itu disebutkan beriman sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri."(Diriwayatkan AL-bukhary dan Muslim)
0 ulasan:
Catat Ulasan