Khamis, 6 Mei 2010

Home » » seronok adalah terapi jiwa

seronok adalah terapi jiwa

baru baru ini,saya ada mendengar motivasi pagi diradio oleh dato’ dr. fadzilah khamsah iaitu seorang tokoh motivator , beliau membincangkan mengenai perasaan seronok yang harus dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira usia.
      seronok,gembira,menyenangkan,sedap hati atau seumpamanya memang membawa makna yang cukup mendalam yang berkait rapat dengan hati dan perasaan.seperti kata beliau,jika kita rasa seronok pasti ianya akan menjadi ringan dan mudah.keseronokan juga boleh menyebabkan kita melakukan sesuatu dengan ikhlas selagi perlakuan yang ingin kita buat itu tidak melampaui atau terkeluar dari batas batas agama dan batas batas kemanusiaan.contohnya,jika kita seorang pelajar,menjadikan buku buku pelajarannya sebagai bahan yang seronok dibaca dan diulangkaji sama seperti ketika membaca novel novel yang diminati,pasti dia akan mudah memahami ilmu yang tertulis didalam buku tersebut.
saya juga yakin dengan menyemaikan rasa seronok didalam diri adalah satu sifat mulia.kerana dengan rasa seronok,mood kita akan sentiasa baik dan kita mampu mengendali perasaan biarpun sedang menghadapi masalah.rasa seronok adalah sesuatu yang positif sehingga orang yang mampu berasa seronok akan sentiasa gembira.rasa ceria ekoran kegembiraan itu akan terpamer diwajah dan kesannya,masyarakat disekeliling nya juga berasa senang berdampingan atau berurusan dengannya,berbanding mereka mereka yang sentiasa berasa resah,marah dan tertekan.
orang yang sentiasa mengembirakan hatinya juga lebih awet dan dikatakan lebih panjang umur mereka berbanding dengan mereka yang bersikap sebaliknya.
saya tertarik apabila dato’ dr. fadzilah memberitahu bahawa orang tua juga layak untuk berasa seronok.seronok bukan hanya untuk bagi golongan golongan muda sahaja.orang tua seronok mengikut reaksi atau gayanya seperti seronok apabila dapat bermain main dengan cucu cucunya.seronok apabila dapat berkumpul dan bercerita dengan rakan dan banyak lagi kegembiraan boleh dicipta.bak kata orang umpamanya ,membancuh kopi pun,walau ada yang tertumpah tumpah dimeja tetapi menimbulkan rasa seronok apabila mampu dilakukan sendiri
menyemai rasa seronok sama seperti memulihkan kesihatan rohani,macam umpama terapi jiwa.jiwa yang seronok akan memandang kehidupan ini dengan lebih tenang dan damai.mampu melihat jauh kehadapan dengan fikiran yang lebih terbuka.jiwa yang sihat juga akan sedia menerima teguran dengan dada yang lapang.

Related Posts by Categories



0 ulasan: