sejak diakhir akhir makin banyak yang diperkatakan mengenai keruntuhan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat seperti umumnya sekarang iaitu masalah kes buang bayi yang hangat diperkatakan oleh media massa dan juga akbar akhbar pada abad ini.baru baru ini saya ada terbaca tentang satu kes seorang mahasiswi dari salah sebuah institusi pengajian tinggi.bagaimana seorang remaja berusia 20 tahun yang dikatakan melahirkan seorang bayi didalam rumahnya namun bertindak membuang bayi tersebut dibelakang rumahnya bagi mengelakkan diketahui umum.
kesemua aktiviti aktiviti yang tidak sihat ini,saya fikir telah memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap pelbagai pihak,disamping saya kira telah merosakkan maruah dan imej belia itu sendiri.
bersama dengan artikel saya ini,saya fikir ianya amat perlu kita bincangkan.apakah peranan seks dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan juga wanita?mungkin ya bagi yang telah berumah tangga tetapi yang belum berkahwin pula bagaimana?adakah seks itu sesuatu yang wajib atau amat perlu dalam menjadikan perhubungan itu berjalan?
saya agak terperanjat apabila mendengar pengakuan ikhlas dari seorang kawan yang mengatakan hubungan itu sudah menjadi satu kebiasaan dan tidak lagi dianggap terlanjur malah ia menjadi satu kemestian dalam era ini ,apakah budaya seperti ini kita anggap biasa sepertinya?dimanakah maruah maruah kita?tidakkah ada didalam hati hati kita sekelumit jua tersimpan perasaan malu?
mungkin saya kira remaja remaja kita sekarang berfikiran terlebih jauh terbuka sehinggakan tidak termampu dalam untuk membezakan atau menilaikan mana yang baik dan mana yang buruk.dan boleh dikatakan dinegara kita sahaja hampir setiap hari atau boleh dikatakan setiap 17 minit anak anak luar nikah lahir disetiap pelusuk negeri.dalam perkara ini siapakah yang patut kita persalahkan,guru guru,alim ulama',ibubapa?yang menyayatkan hati mengapa harus bayi yang tidak berdosa tersebut dihukum dengan mempercampakkan seperti sampah atas kesalahan mereka mereka ini?ketika peluh membasahi badan badan mereka,akal dan minda tertutup dari memikirkan apa yang akan berlaku,dan bila telah puas berasmara barulah dirasakan kesalnya???????????????kalau bercakap soal dosa pula tentulah mereka menempelak dengan pelbagai macam cacian dengan pelbagai macam alasan.jadi apa lagi yang boleh kita halang dari perkara ini?
jadi marilah kita bersama sama bersatu padu menilai penyakit yang menimpa pada remaja remaja kita dengan penuh kesedaran dan keinsafan , kita sedari bahawa mereka adalah remaja yang amat memerlukan bimbingan dan contoh teladan yang baik dalam untuk diikuti.kita juga menyedari bahawa mereka adalah anak muda yang suka menyahut cabaran dan ingin mencari kebahagiaan yang hakiki dan kita semua adalah bertanggungjawab atas segala permasalahan yang berlaku kini.
0 ulasan:
Catat Ulasan