Khamis, 23 Jun 2011

Home » » nasib dan takdir manusia berbeza

nasib dan takdir manusia berbeza

kalau hendak merawat penyakit duka,resah,kecewa atau putus asa akibat ditimpa musibah dari allah swt,maka beristighfarlah selalu,sebagaimana sabda baginda muhammad saw yang bermaksud tidak ada satu musibah atau cubaan yang menimpa seorang muslim melainkan dosanya dihapuskan oleh allah kerananya musibahnya itu,sekalipun musibah itu hanya kerana tertusuk duri (riwayat muslim daripada aisyah r.a)
sebagaimana firman allah

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang
apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. "(al baqarah ayat 155 .156dan 157)

mudah mudahan hati kita kembali insaf,tunduk dan akur.hakikatnya tidak ada sesiapa pun yang boleh meramal takdir,kerana nasib dan takdir setiap  orang adalah berbeza.dituntut keatas kita ialah agar bersabar,pasrah dan redha selain tetap perlu berusaha menyelesaikan apa yang patut diselesaikan dengan ikhtiar dan juga doa.kemudian berserahlah dan bertawakallah kepada yang maha esa.setiap inchi kesabaran dan usaha itu ada ganjaran yang berganda ganda dari allah yang maha mengetahui segala galanya.

alangkah besarnya rahmat allah terhadap hamba hambanya yang diuji dengan pelbagai musibah dan penderitaan,bukan sekadar diberi pahala malah dihapuskan pula dosa dosa dari buku catatan sihamba .memang tiada apa yang sangat diharap harapkan oleh seorang hamba yang berdosa selain keampunan dan rahmat darinya.namun kita mengerti setiap benda yang indah dan bernilai tinggi memang tidak akan diperolehi dengan mudah,biar betapa berat sekalipun mata yang memandang dan betapa berat lagilah tubuh yang menanggung penderitaan ,demikian adalah proses penilaian dan pembersihan dosa yang sedang dilakukan olehnya.

serangan nafsu yang memberontak akan terus berusaha memberi nafas kepada sifat sifat mazmumah yang tercela yang ada didalam hati.justeru,perlu memerlukan benteng tahap kesabaran yang tebal dan kukuh.nafsu yang tidak bertindak sendirian sentiasa didampingi oleh syaitan terlaknat ,maka beruntunglah jika kesabaran diperoleh dengan ilmu yang disertai dengan kefahaman yang jitu.

ilmu juga menunjukan jalan.faham pula membawa kita melalui jalan tersebut dengan selamat tanpa terlibat dengan kemalangan samaada terpijak benda yang tajam,terjerlus lubang ataupun jua kemalangan yang lebih besar lagi.nabi muhammad saw ada menyentuh dalam soal ini,sebagaimana sabdanya siapa yang allah kehendaki beroleh kebaikan,maka akan diberinya kefahaman dalam agama dan dilhamkan nya dengan pertunjuk kejalan yang diredhai olehnya (riwayat muslim  dan bukhari dari muawiyah)

Related Posts by Categories



0 ulasan: