Sabtu, 12 November 2011

Home » » dajjal muncul di tasik galilee

dajjal muncul di tasik galilee

berdasarkan hadis shahih muslim terdapat sebuah kisah mengenai sahabat nabi saw iaitu tamim ad dari yang berlayar bersama kumpulannya sebelum tersesat dan terdampar disebuah pulau
.
sebaik tiba di pulau asing itu,tamim dan sahabatnya terjumpa sebuah gua.sebaik memasukki gua tersebuat mereka bertemu sejenis makhluk gergasi yang sedang dirantai kaki dan tangannya.


tamim dan sahabatnya lantas bersoal jawab dengan makhluk gergasi tersebut yang masih terbaring.makhluk gergasi itu bertanya tamim,adakah tasik tiberia masih dipenuhi air? jawab tamim dan sahabatnya "ya,masih dipenuhi air" ..lantas makhluk gergasi itu menjawab "tidak lama lagi airnya akan kering"


pada akhir soal jawab itu makhluk gergasi memperkenalkan diri kepada tamim dengan katanya "akulah dajjal"


dajjal lantas memberitahu dia akan keluar dari gua persembunyiannya setelah tiba masanya kelak sewaktu tasik itu kering kontang.


ya...tasik tiberia yang dinyatakan  dalam cerita tersebut sebenarnya merujuk kepada tamim,tempat itu berdekatan bukit golan,terletak dalam wilayah israel.


keluasan tasik ini terbentang sehingga 166 kilometer manakala kedalamannya pula mencecah sehingga 42 meter.pada paras 209 meter dibawah aras laut,ia merupakan tasik air tawar terbesar ditimur tengah dan merupakan kawasan terendah dimuka bumi ini.


dek kerana keistimewaan itulah sejak zaman berzaman tasik ini sering jadi rebutan.akhirnya usaha kaum yahudi sejak sekian lama untuk merebut tasik ini dari genggaman orang islam,berjaya.


sebenarnya kisah kekeringan air tasik ini sudah dinyatakan sejak lama dahulu.dan kini fenomena ini sudah mula berlaku,malah pengeringan tasik galilee ini juga ada disebut dalam hadis yang mengaitkan tentang yakjuj dan makjuj.


saat akan tiba keringnya tasik tiberia,petanda bermulalah era dajjal laknatullah,saat itu juga bermakna disusuli dengan kedatangan nabi isa alahis salam dan imam mahdi sebagai penyelamat umat islam akhir zaman.


kita tidak perlu bertelagah dalam soal ini,saatnya pasti akan tiba cuma perhatikan saja paras air tasik galilee dari semasa ke semasa.


sejak tahun 2000,paras airnya turun dengan begitu pantas sekali malah pada beberapa kawasan yang satu ketika dulu dipenuhi air,kini telah mula kering kontang dan ditumbuhi rumput dan semak samun.sewaktu airnya kering sehingga ke dasarnya ,sudah pasti perkhabaran besar seperti yang disebut oleh allah dan rasulullah saw tentang ketibaan dajjal pasti berlaku.


sabda rasulullah saw yang bermaksud wahai manusia,sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar dimuka bumi ini sejak penciptaan nabi adam yang melebihi fitnah dajjal.dan bahawasanya tidak ada satu nabi pun yang diutus oleh allah tidak mengingatkan umatnya tentang fitnah dajjal,sedangkan aku nabi yang paling akhir dan kamu adalah ummat yang paling akhir.ingatlah tidak dapat diragukan lagi dajjal itu pasti akan datang dikalangan kamu (hadis riwayat ibnu majah dan ibnu khuzaimah)


jadi,apakah kita hanya sekadar mampu merenung paras air di tasik ini yang kian laju tahap penurunanya?atau patut kita beribadat sebanyak banyaknya sebelum tiba nya dajjal dan kemusnahan pada hari kiamat.....fikir ..fikirkanlah

Related Posts by Categories



0 ulasan: