jika orang islam sibuk berpolitik secara islam,maka sudah tentu dunia politik yang kerap disifatkan sebagai "a dirty game" itu mampu dibersihkan.bukankah islam itu umpama air mutlak? iaitu sifat airnya itu bersih lagi membersihkan.
islam akan "mengislahkan" seluruh aktiviti manusia,termasuk politik,justeru jika matlamat,kaedah dan isi yang diperjuangkan oleh parti parti politik yang majoritinya dianggotai oleh orang orang islam kini benar benar islamik.sudah tentu natijahnya lebih indah,harmoni dan baik.
anehnya,hal ini tidak berlaku,wajah politik orang islam menjadi semakin kotor,dan busuk!!..politik sekarang adalah politik robocop iaitu berpolitik tanpa hati dan perasaan.soal iman dan akhlak seolah olah dilupakan sama sekali.ironinya...kita terasa malu dengan non muslim kerana cara mereka berpolitik adakalanya kelihatan lebih bersih.
persoalannya,bagaimana kita boleh,mendapat pemimpin pemimpin yang baik,jika proses untuk mendapatkannya sudah kotor dan dicemari??realitinya,rakyat kini semakin bimbang dan binggung melihat sepak terajang ahli ahli politik yang semakin meminggirkan nilai adab dan akhlak.
pada hal politik dalam islam adalah urusan yang sangat penting dan bersih.urusan kepimpinan hakikatnya adalah amanah daripada allah kepada setiap manusia.
rasulullah shalawatullahi wassalam yang bersabda bermaksud setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya (muttafaq 'alaih)
sering diungkapkan sikap adil seorang pemimpin lebih utama daripada ibadah seorang abid.malah pemimpin yang adil akan mendapat naungan 'arasy diakhirat nanti.
tegasnya urusan kepimpinan menurut islam adalah jalan untuk menegakkan ubudiyyah kepada allah suhanallahu ta'ala melalui khidmat sesama manusia.dari segi istilah,politik bermakna "the arts and science of government" atau siasah dalam bahasa arab berasal daripada kata dasar yang bermakna "to lead,to guide,to conduct,to direct".
pemimpin mewarisi tugas rasulullah saw untuk memimpin manusia dan menyelamatkan nasib mereka,bukan hanya didunia bahkan diakhirat.bukan sahaja untuk mendapatkan kesenangan fizikal dan material bahkan juga ketenangan dan kebahagiaan rohani.
begitu bersihnya matlamat politik dan begitulah hendaknya,bersih jugalah kaedah kita berpolitik.jadi bagaimana berpolitik dengan cara yang bersih?
jawabnya,ia mesti ditunjangi oleh aqidah yang mantap,dipantau oleh syariat dan dihiasi dengan akhlak.tanpa pemantapan elemen elemen ini dalam diri ahli ahli politik,urusan kepimpinan pasti akan diseleweng.lihat sahaja apa yang dipaparkan oleh media massa cetak ataupun jua elektronik.ibubapa yang benar benar berjiwa islamik sudah berasa tidak selamat,malu dan bimbang apabila dan cerita negatif mula dipaparkan untuk tatapan umum.
politik bukanlah gelanggang perebutan kuasa,politik wang,pertelegahan,pembelotan,kata mengata,caci mencaci,cerca mencerca,dan firnah memfitnah.malangnya wajah itulah yang semakin mendominasi dunia politik kini sehingga hapir hampir diterima sebagai satu budaya.walaupun dalam arus politik perdana,persaingan dan pertandingan tidak dapat dielak tetapi persaingan dan pertandingan itu boleh dilaksanakan secara sihat dan bersih.
apa yang penting adalah memberi penerangan dan penjelasan tentang matlamat atau apa yang hendak kita perjuangkan.boleh mengkritik,menegur malah menyalahkan pihak lain tetapi hendaklah dalam batas batas syariat dan akhlak islamiah.baik sesama rakan se parti atau dengan pihak lawan,kita seharusnya menjaga diri agar tidak dirasuk oleh sifat sifat yang buruk (mazmumah) seperti hasad dengki,dendam,marah,tamak dan lain lain.
untuk mendapatkan kedudukan atau pangkat tidak salah tetapi dapatkanlah dengan cara bekerja keras,bukan dengan cara mengampu,menyogok atau mengancam...ingatlah selalu,bahawa kuasa itu adalah amanah.ia alat bukan matlamat.setiap amanah akan dipersoalkan di akhirat nanti...jadi,pikulkanlah amanah itu dengan rasa takut kepada allah dan gerun akan neraka.
jika kita yakin,adanya hari akhirat pembalasan syurga dan neraka,maka kita akan mudah berkasih sayang,iman itu sinonim dengan persaudaraan,
dan insyaallah apabila persaingan tamat,semua pihak seharusnya kembali bersatukembali demi meneruskan agenda membangunkan ummah samaada dalam kerajaan atau pembangkang.majoroti 2/3 dan minoriti 1/3 akan bertaut semula menjadi satu (3/3=1) demi kebaikan rakyat.
titik perbezaan tetap ada,namun titik persamaan masih banyak dan masih boleh diperjuangkan bersama sama.
0 ulasan:
Catat Ulasan